Tuesday, April 26, 2011

Hantu Purdah vs Kum Kum

 Perhatian: Entry ini tiada kena mengena antara dengan yang hidup atau yang telah tiada..

Ahad malam isnin lepas..
Tgh ralit2 tgk TV jam tepat jam 12 malam..
Tiba2 tertekan pulak citer KUM KUM THE SERIES..
Nampak macam best jer...apa lagi terus lah layan sambil golek2 atas katil...

Masa tgh ralit2 tengok 
Pastu tiba2 ayah damia boleh pulak terkeluar ayat 
" Ingat lagi tak citer HANTU PURDAH zaman kita sekolah2 dulu"
Hohoho..mestilah ingat...sebab HANTU PURDAH tu tersangatlah membuatkan kami yang masih dara ketika itu kecut perut..

Bila tgk citer KUM KUM THE SERIES tu..
Rasanya ada jugak persamaan sedikit dengan HANTU PURDAH  tu...
Terutama tang Marsha pakai susuk, pastu pantang larangnya jangan tgk cermin...
Pastu tiba2 Marsha tertengok cermin, terus mukanya jadi hodoh..
Nak cantikkan balik muka Marsha tu, kena cari darah gadis seramai 21 org..
Fuhhh...memang sejibik can citer HANTU PURDAH dulu2 tu..
Tapi kesahihannya tetap tak pastikan...betul ke tak citer tu..

Ni ibu copy paste dari SINI

Ingatkah Misteri Tahun 1996: (Pendedahan Metro)!!!

Kali ni aku bukan nak share cerita mengenai pengalaman aku macam yg sudah, tapi lebih kepada misteri yang sentiasa berlegar2 kat kpala otak aku dr dulu sampailah sekarang ni, ianya mengenai peristiwa yg pernah mengegarkan Malaysia sekitar pertengahan 90-an dulu.. aku dah try cari
info mengenai cerita ni, tp aku hampa sebab x jumpa walaupun dah selak semua page dan search kat forum ni..

Ianya adalah mengenai pendedahan surat khabar metro pada sekitar tahun 1996, seorang ibu membuat pendedahan mengenai anaknya iaitu seorang wanita yg berasal dari pantai timur yg kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..

Wanita tersebut kononnya berumur dalam lingkungan 20-an, dan kononnya juga adalah seorang penuntut ipta di sekitar lembah klang.. juga kononnya berasal dari negeri pantai timur.. info mengenai yg lain aku dah lupa, tp yg aku masih ingat (maaf kalau tersilap) yg mak si wanita tersebut ada membuat pengakuan di metro yang kononnya anaknya telah melanggar pantang bersusuk.. akibatnya mukanya menjadi hodoh dan mengerikan, dan wanita tersebut kononnya lagi sedang mencari ikhtiar untuk memulihkan mukanya yang hodoh tu..

Bagaimanakah caranya?, kononnya caranya hanyalah dengan meminum darah 20 orang anak gadis yang masih dara barulah mukanya kembali kepada asal.. dan lebih mengemparkan pada masa tu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah.. selain tu gak, si wanita ni kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yg hodoh tu.. cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu..

Maka hebohlah kat sekolah2 waktu tu, hinggakan menjadikan pelajar perempuan yg duk di asrama kecut perut jadinya, aku rasa semua sekolah berasrama terkesan dengan cerita ni walaupun kebenarannya x pasti.. yg lebih membingungkan,kononnya si wanita tersebut telah melarikan diri ke Sabah dan Sarawak untuk mencari mangsanya apabila kisahnya telah diketahui umum, dan ianya juga telah dilaporkan oleh akhbar2 keluaran di negeri2 ini yg menambahkan lagi ketegangan dan kerisauan ibu bapa yg mempunyai anak2 gadis belasan tahun walaupun ianya hanyalah sekadar khabar angin sahaje.. di tambah lagi dengan cerita mulut ke mulut yang menakutkan oleh orang ramai, menambahkan lagi rencah dan misterinya cerita ni..

Aku x tau apa penyudah cerita ni sebenarnya, tiba2 kisah ni terus lenyap dan terhenti macam tu aje selepas keluar kenyataan dari seseorang dr pihak kerajaan rasanya (x ingat dan x pasti).. tapi aku ada dengar jugak yg kononnya cerita ini hanyalah sebuah cerita spekulasi yg saja direka oleh pihak2 tertentu dan kemudian diprovok oleh akhbar metro untuk mencari keuntungan.. tujuan mereka buat macam tu adalah untuk menakut2kan para remaja terutamanya anak2 gadis pada masa tu, pada masa ni isu bohsia dan bohjan menjadi2 dan sangat teruk hinggakan x dapat di kawal lagi.. kononnya..

So sapa2 ada pengalaman or cerita mengenai kisah ni bolehlah sharekan.. aku terpaksa mengatakan kononnya kerana aku sendiri x pasti dengan cerita ini dan aku teragak2 untuk publish thread ni sebenarnya, sebab tu la aku banyak gunakan perkataan kononnya supaya x mengundang kemarahan forumer lain yg menganggap cerita ni murahan dan mengarut.. Sleep adakah cerita ni betul ataupun palsu, aku berbelah bagi..!


P/S: Sapa2 yang sekolah menengah tahun era 90qn...ingat lagi tak citer HANTU PURDAH ni??
Masa tu memang sangat2 takut kan...katanya kalau ader orang ketuk pintu 3 kali...pastu cakap "assalamualaikum..kum..kum"..yer lah tu HANTU PURDAH lah tu....huhuhu...siap masa tu kononnya HANTU PURDAH ni naik kete kancil merah lagi...

p/s: Ada lagi ke pompuan pakai susuk??? Sekarang dah ramai pakai SERUM atau BOTOX je kan...:)







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

13 comments:

DaiADellas said...

Sy ingat lg antu purdah tu..Sy siap tampal kertas A4 yg saya tulis Allah sendiri kt tingkap dan pintu konon2 utk halang antu tu masuk..huhu

mummy_ayu said...

tak pernah dgr plak.tapi ayu ingat yg heboh pasal hantu susu tu..kata org, dia akan dtg umah org yg ada baby..time tu adik ayu pulak kecik lagi..takut sungguh...

desperate mama said...

iyeeeee.... saya melalui zaman kecut perut dengan hantu kumkum itu..... almaklumlah... anak dara kaaaaannnn....

kuntumz said...

ingt juga zaman hantu purdah tu..ms tu kita baru form 1 kot..dh lah baru msuk asrama, lps tu der plak citer2 cenggini..tgh hebat hantu tu, semua dorm pakat tdo pasang lampu..hantu purdah punya pasai...

Aida Qisya said...

pernah dengar..mmg waktu tu takut sgt lebih2 lg bl balik sekolah,abah lambat jemput.huhu.klu xsilap zaman tgkatan 2@3

Suziey Ahmad said...

erkkkk pnajng btl..pastu tulisan color purple..adoi berpino mata membaca..so xabis baca..mata dh berair.huhu..

Anonymous said...

klw cite psl hantu purdah tu
kita xpernah plak dgr
tp cite kum kum tu
kita tak tgk
sebab mcm seram je
xberani haha

ayulicious said...

hi sis....
sy pon penah tau pasal cita hantu purdah ni...masa tu umur sy baru sekolah rendah dlm darjah 2 or 3...mmg takot klu nmpak kereta kancil merah.....

mamasuri said...

pernah gak dgr....cikgu kat skolah pun ada announce..saja jer nak kasi takut kta kitorang..hehehe

ann @ hatiberbunga said...

fuh.. mmg gilos.
dah ler Ann ni mmg duduk asrama time skolah dulu tu.
mmg havoc sakan la 1 asrama pasal citer ni. huhu..

Bionic women said...

ingat sangat ler cerita tu..hehe
takut bukan main lagi nak keluar rumah..hehe.
tapi kita x braper nak berani tgk cerita camni, papa dhiya lak gi tuisen..hadoii

madi said...

aku igt lg, aku tido selimut lingkup ngan toto smpai berpeluh cm mandi tiap2 mlm. ade juga terdengar dh hmpir ngan kg aku, kat hospital.bila pk2 skang memng la kat hospital ade org ambik drh..

Unknown said...

Intan tak perasan lak cite hantu purdah nie...

Tapi masa tgk kum kum the series tu mmg seremmm jugak lar...huu huu. Pelik manusia nie ye, dah elok cantik rupa anugerah dari Allah, nak lg cantik nak lg lawa...emmm.

*Kita pakai serum sajork...hee hee :D

Latest 3 entries:
Safi Rania Gold
Art Time With Arissa The Painter!
DSLR-Shutter Speed