Wednesday, April 27, 2011

RECIPE: The Moist and Delicious chocolate cake

Sabtu aritu..
Sengaja merajinkan diri membuat cupcake..
Terasa begitu lama oven tu tak digunakan..
Nak buat macam mana...asalkan hujung minggu jer..pasti tak lekat rumah...

Masa upload gambar cupcake tu kat FB..
Ader 2-3 org tanyakan resepi cupcake tu..
Alahai..resepi biasa2 jer..
Cuma adjust ikut kesedapan dan naluri hati sendiri jer..

Jom kita tengok resepinya:

3/4 cwn tepun gandum
2 cwn gula
4 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
2 sudu besar nescafe
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam
i cawan susu segar (perasa coklat)
1/2 cawan minyak zaitun
1 cawan air panas





1. Tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk koko, milo dan nescafe di ayak.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang
3.Tambahkan secubit garam
4. Masukkan bahan-bahan diayak, minyak zaitun dan susu segar secara selang seli sehingga habis.
5. Akhir sekali masukkan air panas dan adunan akan menjadi cair.
6. Bakar pada suhu 160 C' selama 15 minit, guna paper cup. 




Dan akhirnya siap..
Cupcake tu memang moist giler2..
Terasa pekat dgn coklat..
Kalau nak lagi sedap masukkan dalam peti sejuk..
Terasa macam makan aiskrim..
Ni students ibu semua cakap tau..
Diaorg kata rasa macam makan kek ais krim pulak..
Sebab coklat2 tu semua dah cooling kan..
Topping kat atas tu guna whpping cream...
Lagilah rasa macam makan ais krim..hehe..
Ni resepi yang diadjust sendiri yer..
Kalau rasa nak cuba.boleh jer..

p/s: Evey week kalau check keyword kat nuffnang, mesti "resepi sandwiches sedap" dan "resepi puding gula hangus" naik...penyumbang terbesar trafficjugak tu...







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 
Post a Comment