Friday, December 18, 2009

::Ibu Hadif's Giveaway - aNuGeRaH TeRiNdAh::


 
 
Dah lama nak join contest ni
Kerana contest ni lain daripada yg lain
Yang memerlukan kita upload gambar anak kita yang sulung
Serta memberi kata2 indah untuk ciptaan yang terindah

Nama contest diberi ialah
anjuran


Ciptaan Terindah ibu dan ayah yang pertama ialah:



 Nama yang terindah: Damia Aleesya bt Khairuddin
(bermaksud: kecerdikan & keberkatan yang dilindungi tuhan)
Umur dalam gambar: Tak sampai 24 jam lagi
(tapi ibu dan ayah dah tak sabar2 nak sama 2 mengecapi kenangan terindah di rumah sendiri)
 Umur sekarang: 2 tahun 2 bulan
D.O.B: 17/10/07


Terasa Keindahan itu milik kami berdua
Tatkala menatap wajahmu buat kali pertama
Tangisan pertama mu membuatkan jantungku tak keruan
Tangisan pertama mu jua membuatkan ku mengalirkan air mata

Terasa keindahan itu milik kami berdua
Tatkala bibirmu mengukir senyuman pertama
Betapa hati ini berasa bersyukur
Kerana dianugerahi Keindahan yang tiada nilainya

Oh anakku
Kehadiranmu dinantikan dengan penuh sabar
Setelah bertahun2 ku meminta daripaNYA
Namun akhirnya kau datang jua
Melengkapkan kehidupan kami menjadi sempurna dan terindah

Nukilan: Ibu damia 

Harapan ibu:

Aku melindungi dia dengan peliharaan Mu,demikian juga zuriat keturunanya
daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)
ali - imran:36




p/s: excited tul dapat baby girl, sampaikan org tegur buku yassin pun warna pink...
p/s: sekarang ibu dan ayah dah ada 2 keindahan ciptaanNYA....semoga anak2 ibu diberkati dan dirahmatinya...setiap suapan dari air tangan ibu ke mulut kalian, sentiasa diiringi doa yang baik2 belaka...







Post a Comment