Thursday, December 24, 2009

::Akhirnya....DSLR itu milikku jua....


Alhamdullillah....dengan rezeki yg Allah berikan, akhirnya termakbul jua impian ibu + ayah damia untuk mempunyai DSLR....ingat ke setakat nak survey2 jer hari tu, tapi tak sangka lak survey2 tu membuahkan kejayaan...

Sebenarnya since yg ibu gi tgk kat Jusco Tebrau 2 mingu lepas, terus terang ibu katakan yg hati ibu tak keruan langsung kerana memikirkan DSLR tu....setiap hari dok pk "aderkah berbaloi aku beli DSLR tu, yg mana satu best, Nikon atau Canon?" tanya pendapat kawan2 yg guna dua2 brand ni pun masing2 ader pendapat masing, sampaikan malam nak tidur pun tak lena......asyik pk kan DSLR tu jer...

Malam sebelum ibu beli DSLR tu, ibu tak leh tidur, amih handset kira2 kos nak beli DSLR ni, lebih kurang jam 1 pagi...ayah yg terjaga dari tidur akibat silauan cahaya handset pun dengan mamainya tanya "kenapa?"
Ibu dengan selamba pun jawab
"kira kos nak beli DSLR bang"
(kui..kui...kui...bayangkan sampai nak terbawak2 tidur dah DSLR ni)
Ayah damia pun jawab
"uhh..uhh...uhh..sampai tak leh tidur pasal DSLR, ni penangan hebat ni"
Ibu pun dengan muka malunya (nasib baik bilik gelap) jawab
"hehehe....saja2 kira kos, nak tgk brand mana sesuai"
Ayah damia dengan sepantas kilatnya cakap
"Esok gi beli"
(dalam hati ibu bertanya2 betul ke ayah damia nak beli, memang hari tu ayah damia yg bersungguh2 nak beli, tapi nampaknya enjin dia dah sejuk sikit, ni enjin ibu lak yang terlebih turbo nak beli...hehehe...malam tu tidur dengan mengharap tak sabar nak tunggu hari esok)

Dan hari ni, tertunai juga janji2 ayah...waktu rehat kul 1 tgh gi Plaza Angsana cepat2 coz nanti ader kelas lak kul 2..ingat kan sempat lah dalam masa 1 jam settle semua....sekali haaaa ko ambik kul 3 baru selesai semuanya ..mana taknya, ibu sibuk dok tanya tu tanya ni kat tokey kedai, ayah lak sibuk dok snap sana snap sini....siap ader praktikal lagi kat kedai photo tu....siap suruh staff ibu cancelkan kelas lagi tu kerana tak sempat nak balik....yg bestnya dah siap beli DSLR tu sempat lagi gi shopping tudung ibu ngan baju aleesya + ayyunie kat Angsana, siap singgah ROMANTIKA lagi cari barang2 cenderamata untuk Family Day kat Kuantan Jumaat ni..huhuhu...shopping tanpa dirancang....

Membebel banyak lak ibu ni, mesti uols nak tgk kan DSLR jenis apa yg dibeli oleh ibu damia kan????
Jeng
-
-
Jeng
-
-
Jeng
-
-



ni lah dia rupanya DSLR tu
-
 -
 -
Antara Accesories yg dapat:


DSLR Canon beg
(huhuhu, ayah damia tak berkenan langsung beg ni, dia nak beg yg kecik sikit tu, beg ni macam beg bawak susu + diapers budak2 jer...tapi apakan daya, beg yg kecik tu dah tak der stok)


Accesories  lain:
Memory card, cleaning kit, tripod, card reader, LCD protector

 
Yg ni ibu memang beli...suggestion drp tokey kedai tu..utk protect lense drp scratch..
Dapat harga RM70

 
Walau macam mana sekali pun ibu tak akan lupakan nikon coolpix yang telah banyak berjasa dan merakamkan kenangan family ibu. Ingat lagi beli camera ni tahun 2007....masa tu tgh preggykan Aleesya...motif beli????Upgrade ke lebih canggih coz semata2 nak rakamkan saat2 indah bersama baby yg bakal lahir...Banyak jasa nikon coolpix ni tau....senang dibawa kemana2...handbag pun muat....yang pasti ibu tetap akan bawanya walau ke mana jua ibu pergi...

p/s: Memang pantang cakap survey, pas tu mulalah beli..contohnya cam perabot bilik damias tu, konon2nya nak survey jer, pas tu beli gak, karpet pun sama, mula2 kata jom survey2 dulu, pas tu beli jugak....
(bilik damias dah 80% siap, dah siap nanti will upload)

p/s: Thanks to ayah damia kerana menghadiahkan DSLR tu.....

p/s:Thanks juga kepada kawan2 yg sudi berkongsi idea dalam bab DSLR ni tak kira kat FB, Blog mahupun secara individu...





Post a Comment