Tuesday, December 1, 2009

::Di Pagi Raya Aidiladha::

Jom kita tgk apa yg Aleesya & Ayyunie buat pagi2 raya..

Hari raya aidiladha ari tu, Aleesya & Ayyunie bangun jam 6.30 pagi.
Pas tu mandi2 dan pakai baju raya.
Masa ni Ayyunie tak mandi lagi sebab masih awal pagi.
Lepas dah siap mandi semua, tibalah masa untuk menelefon tok ma, tok ayah dan nenek kat kg.


 Aleesya yg tgh sibuk bercakap dengan tok ayah dan tok ma
(Handphone yg Aleesya pegang itu adalah handphone dia sendiri yer)

 
 Dah lepas cakap ngan tok ma dan tok ayah, giliran telefon nenek pula..
-
-
-
Dah siap2 telefon semua,
Aleesya pun bersiap sedia untuk menunaikan solat Hari Raya Aidiladha.
Bersemangat tau ayah dan Aleesya nak gi solat Raya..
Jam 7.30 dah keluar rumah...
Aleesya, ibu dan ayah bersembahyang di Masjid Jamek Taman Universiti
 

 Diperkarangan masjid...
Aleesya nak bawa sendiri telekung sembahyang dia..

 
 Mula2 sampai jer, ibu memang terkejut..
Coz Aleesya nak pakai telekung tu sendiri..
Dia yg beria2 amik telekung dia dalam beg telekung tu...
Ibu sendiri pun tak pakai lagi..
Agaknya dia tgk semua sekeliling pakai..
Tu yg dia naik semangat nak pakai tu..

 
 Siap posing lagi Aleesya yer...
Comellllll tak saya?

 
 Tgh khusyuk mendengar takbir raya...
Mulut dia pun ikut sekali bertakbir tau..

 
 Masa untuk balik makan..
Perut dah lapar..
Aleesya yg gembira dapat sama ikut ibu gi masjid..

 
 Ibu pun nak enterframe juga
-
-
-
-
Balik rumah cepat2 terkam nasi minyak yg dimasak oleh ibu semalam
(penat tau masak.....semalam dah lah keje..kul 2 ptg lak aleesya dan ayyunie terus dtg office amik ibu coz nak gi Expo buku, Makkkk aiiiii...punyalah ramai org.....yg tak tahan tu beratur nak bayar kat kaunter....hampir 1jam setengah ibu beratur...balik lak cepat2 masak untuk raya esok....tu tak pk lagi nak kemas2 pergi holiday esok)

Simple2 je masak ni...hidang pun ala kadar coz nak siap2 barang gi holiday....

 
Nasi minyak

 
 Ayam masak merah

 
Kerutuk daging


p/s: Dah siap2 makan...mulalah operasi mengemas barang untuk 3D2N punya percutian...
Kemana????? tunggu........






Post a Comment