Tuesday, September 28, 2010

Ramai dah tanya ni.....Tahun ni tak buat open house ke???

Since 2007, rumah ibu mesti buat open house..
Kenapa 2007??? Sebab tahun 2007 ibu pindah masuk rumah ni (beli 2005) dan tahun 2007 jugaklah Aleesya dilahirkan..
Nak dijadikan satu kebetulan, Aleesya lahir pada awal pagi 5 syawal...
So tahun 2007, open house disambut sekali ngan MAJLIS CUKUR JAMBUL 
(masa tu aleesya umur 18 hari)
Pastu tahun 2008 pula, open house disambut dengan 1ST BIRTHDAY ALEESYA....so kiranya double celebration lah kan...Nak-nak pulak anak sulung...memang meriah lah kan..
Tahun 2009, sekali lagi open house disambut dengan 2nd BIRTHDAY ALEESYA...memang untunglah Aleesya sebab celebrated raya time syawal kan...

Setiap kali ibu buat open house, mesti penat merancang itu ini...sebab kalau boleh ibu memang nak perfect seperti mana yg ibu rancangkan...antaranya:

Mestilah ada kad jemputan kan...
Buat sendiri jer pun...

 
Khemah memang wajib ader...
(owner canopy tu kenal ibu dari ibu mula2 sewa canopy utk majlis kawen kat Johor ni...since 2004 lagi, memang every year pasti akan sewa khemah dia, even masa duduk kat rumah sewa dulu b4 pindah masuk rumah sendiri ni pun, memang sewa ngan dia jer..)



Goodies utk budak2 mestilah aderkan...
Ni yg ditunggu2 oleh mereka sebenarnya..


pic googled

Duit Raya??? Tak sah kalau tak der kan..
Kena ader peruntukan jugak tu..


Kumpulan marhaban pun ader...
Supaya mendoakan kesejahteraan anak-anak ibu..


Mesti buat malam....tak pernah buat siang hari pun setakat ni..


Nak tau kenapa suka buat malam???
Sebab menu wajib kami utk open house ialah BBQ...


Dan yg paling penting semua makanan ibu masak sendiri...serius masak sendiri utk jemputan lebih kurang 150-200 org....kalau nak tau apa menu2 yg biasa ibu buat...leh klik sini
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan yang paling penting sekali ialah

KENDARAT
(tak der gambar lah pulak)

Kendarat ni maksudnya org yg telah diupah utk tolong mana-mana yg patut...selalunya ibu call dia punya ketua, pastu dia akan bawa 3-4 org kendarat...alhamdulillah....dah 3 tahun pun guna khidmat diaorg ni...al-maklum ler...kalau tak guna kendarat, jenuh sapa nak membakar BBQ nanti, sapa yg nak refill makanan, sapa yg nak basuh itu ini...ader maid pun, susah gak sebab maid mesti jaga aleesya + ayyunie kan...

So baru2 ni ramai pula yg tanya ibu "TAK BUAT OPEN HOUSE KE??"
Pertanyaan of coz lah dari students, staff dan beberapa kenalan rapat...baru2 ni pun dapat sms dari kawan lama "Ayu, mung buat lah open house, leh buat reunion"

Tapi kata2 MUKTAMAD telah dikeluarkan setelah perbincangan dilakukan oleh ibu + ayah damia..

THIS YEAR NO OPEN HOUSE....KITA REST DULU..

Tulisan terpaksa dikecilkan sebab takut bila tgk NO OPEN HOUSE tu, terus korang tak nak datang rumah kami...huhu...jangan lah cam tu, rumah kami sentiasa terbuka untuk kalian semua...cuma celebrationnya tak lah macam yg dicerita kat atas tu....kebetulan pulak 3rd Birthday Aleesya tahun ni bukan jatuh bulan syawal...tu yg lagi malas nak celebrated bulan syawal tu...antara faktor2 lain ialah penat kami kat kg seminggu lepas utk uruskan perkahwinan adik ayah damia pun tak hilang lagi...pastu sibuk open house sana sini (tiap2 tahun makin ramai pulak rumah buat open house erkkk), pastu sibuk ngan xtvt students UPSR & PMR lak, 2 weeks lagi ada majlis menghantar menantu kat Melaka pulak, dengan masalah kereta ayah damia yg terlanggar lembu belum selesainya...pendek kata, PENAT lah nak buat open house..
Tapi kalau korang nak datang leh jer....inform dulu yer..

p/s: Celebration 3rd Birthday Aleesya kali ni akan disambut di BANDAR BARU BANGI....yeayyy..kelainan tercipta!!!Insyaallah......
p/s: Kata tak der open house...Hari ahad lepas ader majlis apa pulak kat rumah ibu yer??? Tunguuuuu.....
p/s: Autopublish....entry siap ditaip jam 2:18 pagi tadi....mau zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz dulu...




Post a Comment