Monday, September 20, 2010

Cerita ceriti raya kami....penuh dgn warna warni dan gambar...


Hello...hello..
Kembali bersiaran seperti biasa..
Alhamdulillah
Sekejap jer dah 11 syawal kan..
Pelbagai cerita ceriti hendak berkongsi bersama kawan2 yg sedang membaca blog ibu ni..
Uols pun mesti sama kan...
Serius cakap...Raya kali ni memang penat..
Kenapa penat??? Jom baca kisah 1 syawal- 10 syawal kami ni...
Walaupun entry agak panjang...jangan bimbang...banyak gambar2 menarik disajikan bersama...hehe..
Details cerita kemudian yer..

1 syawal  (jumaat) - Lepas solat Raya, weols + family in law ibu cepat2 gi beraya di hospital, sebab adik bongsu ayah damia admitted kes Denggi. Pastu lepas asar, balik rumah mak ibu pulak....masa nak tido realized yg gelang tangan aleesya yg baru beli kat POH KONG tu hilang..huhuhu...puas mencari tapi tak jumpa2...pada mulanya ibu agak bad mood...lama2 barulah redha...



walaupun beraya di hospital....dah rasa macam susana rumah sendiri...meriah

2 syawal (sabtu) - Pagi2 lagi gi beraya di rumah sanak saudara sebelah ibu sampai lah petang. Malam ader photoshoot raya bersama keluarga ibu. Tapi still tak cukup korum sebab abang sulung pi beraya di rumah MIL dia.




Ibu anak bongsu...so haruslah nampak muda dari yg  lain kan...
anak sedara pun dah besar2...ader yg dah study kat U pun..

3 syawal (ahad) - Dalam kul 10 pagi, gi beraya di rumah kawan2 ayah damia lak. Kat situ dapatlah jumpa member2 lama yg dah tak jumpa. Kul 2 pulak gi celebrated birthday eiymann anak eliza. Pastu masa otw nak balik rumah, stuck dalam jam pulak...3 jam stuck kat highway P.Mas tu. Hari ni jugak adik ayah damia yg admitted tu keluar ward




Ni ler masalah kalau suruh org snap...cerah bukan main gambar...
Baju ayah damia pun dah nampak warna purple



Eiymann mana???
Sibuk main basikal daaaa....hehe


4 Syawal (isnin) - Tunggu sanak saudara beraya di rumah ibu lak. Pastu leh ler rileks2 sikit. Tapi kejap2 nak makan, kejap2 nak makan...aishhh...dah kata raya kan...haruslah banyak makan.

5 syawal (selasa) -  Kali ni balik rumah Parent ayah damia sampai ke habis cuti. Sebab bizi nak menolong adik ayah damia yg nak kahwin tu. Malam ader sesi photoshoot Konvokensyen utk adik ayah damia sebab masa dia konvo kat Rusia tu, tak der family members pun yg pergi.



dah macam ala2 studio pun yer kan..


6 syawal (Rabu) - Keluar shopping mana yg patut bersama aleesya + ayyunie. Petang bawa Aleesya + Ayyunie gi pantai PCB makan colek + seafood celup tepung. Malam ader sesi photoshoot raya sebelah family ayah damia lak. Tahun ni cukup korum sebab adik ayah damia yg nak kawen tu dah balik malaysia. Lepas photoshoot, gi wakaf che yeh ramai2 menghabiskan masa dan duit lagi...



Ramai kata background gambar ni cunnnn!!!


7 syawal (khamis) - Tolong mana2 yg patut utk persiapan majlis. Petang gi survey tempat utk pre wedding photoshoot esok. Lepas tu singgah PCB lagi makan ketam celup tepung lak. Malam ader sesi berinai utk bakal pengantin.


Aleesya + ayyunie pun ibu pakaikan inai masa diaorg tido

8 syawal (Jumaat) - Pagi- pagi lagi bawak bakal pengantin gi pre wedding photoshoot. Alhamdulillah, kedua2 bakal pengantin sangat sporting walaupun bakal pengantin lelaki agak islamik dan baru habis study kat Mesir. Kul 3 petang ader majlis khatam al-quran. Lepas solat Isyak gi masjid utk majlis akad nikah pulak.



Kena dera kejar mengejar oleh ibu...hehe


Khatam Al-Quran


Alhamdulillah...dengan sekali lafaz jer..


9 syawal (sabtu) - Hari yg ditunggu2 telah tiba. Pagi2 lagi bangun tgk org sembelih lembu 1 ekor. Ayah damia lak tolong mana2 yg patut sebelum dia jadi official photographer utk wedding nanti. Lepas zohor, pihak pengantin lelaki sampai. Lepas dah shoot sana shoot sini, kidnap pengantin utk photoshoot lagi. Tapi kali ni outdoor photoshoot. Walaupun penat, keputusan utk balik malam tu lepas isyak tetap muktamad. Sampai JB kul 8 pagi semalam. Tu pun 2 kali berhenti tido. Tapi malang tak berbau juga, ayah damia terlanggar sipi2 lembu melintas. Kuat gak bunyi langgar tu...habis kemek TW........huhuhu...



sama tema ngan ibu + ayah damia kawen dulu...merah putih..


Kena dera ngan ibu lagi...hehe..pinjam motor antik jiran sebelah ni..


Hasil kerjasama ayah damia + ibu

10 syawal (ahad) - Harini adalah hari utk rest sedunia...lepas sarapan, ayah damia terus masuk tido. Kul 2 ptg baru bangun...ibu lak sempat tido kejap jer, kul 11 dah bangun masak utk aleesya + ayyunie...pastu kemas2 mana yg patut....laundry ibu serah kat bibik settle kan...banyak giler baju nak dibasuh...lepas tu dalam kul 3 sambung balik tido. Malam tadi pun tido awal..ayah damia kul 8:30 pm dah masuk tido. Ibu??? Buat entry ni ler....tapi auto publish utk harini (isnin) punya citer....aishhh......dah bersedia ke nak masuk keje ni??


p/s: SEMUA GAMBAR2 KAT ATAS DIAMBIL OLEH AYAH DAMIA. IBU TUKANG DERA ORG DALAM GAMBAR...HEHE

p/s: TAK BANYAK GAMBAR AYYUNIE DIAMBIL SEBAB DIA TAKUT SIKIT NGAN ORG + DIA PUN DEMAM....TaPI ALEESYA CAM BIASA LAH...PANTANG SURUH POSING...ADER AJER GAYANYA..

p/s: DETAILS CITER2 KAT ATAS KEMUDIAN YER...TU PUN KALAU SEMPAT...SEBAB IBU BIZI NGAN STUDENTS UPSR SELASA NI..






Post a Comment