Saturday, March 30, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 4 Anakku Damia Ayyunie!!!!




Selamat Ulang Tahun yang ke 4 buat puteri ibu, Damia Ayyunie bt Khairuddin..
Semoga berginjaknya satu angka tahun ni, Ayyunie semakin diberkati dan dilindungi olehNYA senantiasa.

Alhamdulillah, Ayyunie sangat sangat suka kek ni..
Katanya "wahhh colourful lah ibu"..
Siap tanya yang gambar 2 org tu " kakak ngan baby ke??"

Dan hari rabu malam lepas, selamat juga kami ramai-ramai celebrated secara sederhana di Tanjung Sutera Resort. Cerita menyusul kemudian ya. Bukan apa, just menghargai serta mengingati susah payah kita lahirkan dia dan juga supaya dia ada memori terindah sementara dia masih kecil ni. Esok2 dah besar panjang, belum tentu ada celebrated ramai2 kan. Memadai dengan ahli keluarga tersayang kan.


Ucapan ikhlas dari ibu utk anakanda ibu dan ayah..
Gambar the latest masa kat Tanjung Sutera Resort aritu..


Semoga hubungan kalian berdua adik beradik kekal baik dan mesra hingga ke dewasa kelak.
Semoga kakak jaga adik, adik jaga kakak.

4 tahun, kejap jer rasanya..
Macam baru jer semalam kena induce dan malam tadi bersalinkan Ayyunie..
Dan hingga kini pun saya dan ayah damia masih panggil nama "baby" dan selang seli dengan "adik" dan selalunya panggil "ayyunie"..

Semoga Ayyunie membesar dengan sihat, cerdas, bijak pandai serta menjadi anak yang mendengar kata ibu dan ayah serta para gurunya...
Aminnn

************************************************************************

Gambar2 di bawah adalah Throwback sambutan birthday Ayyunie tahun2 sebelumnya..


3rd Birthday
Sambut di Ice Room PD bersama dengan nenek, cousins dan auntynya...
Masa ni saya ada events bersama dengan Awal dan Schya di Putrajaya..
Balik tu terus celebrated..


3rd Birthday juga..
Sambut di Tadika dia pulak..
First time celebrated birthday dengan kawan2nya..
Excited sungguh!!!


2nd Birthday
Celebrated ramai2 di Centre saya di Taman Teratai..
Masa ni nenek pun ada sebab keesokkan harinya saya ngan ayah damia gi honeymoon dan diving di Sabah..


1st Birthday
Celebrated di Restoran..
Ramai2 ajak kawan2 dan anak2 murid datang celebrated..
Selalunya yang 1st memang sangat2 meninggalkan memori kan..

p/s: Tak kira dimana jua sambutannya, apa jua menunya, siapa jua tetamunya..
Yang pasti ahli keluarga sendiri perlu ada utk sama2 memperingati hari istimewa buat si kecil ini.
Barulah perasaan kasih dan sayang serta memori terpahat di sanubari seterusnya dibawa ke hati..:))





Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment