Thursday, March 7, 2013

Dinner di Restoran Parsia || Terubatkah kerinduan??

Sejak 2-3 hari yg lepas dok cakap kat ayah damia, teringinnya nak makan kebab dan juice macam kat Mekah.. Terutama tang juice tu.. Memang betul2 teringin sangat nak minum..

Kalau kat Mekah, balik jer dari MasjiilHaram terutama lepas waktu zohor dan asar, memang selalu beli juice tu 1 cup.. 5 riyal harganya.. Kalau kat dalam Zamzam tower atau shopping complex tu, 10 riyal 1 cup..

Sepatutnya malam tadi nak makan kat Restoran Shebam Hadramat kat bawah office tu jer.. Sebab juice kat situ memang setanding lah rasanya macam kat Mekah tu... Sekali tutup lah pula.. Last2 kami pergi makan kat restoran Persia yg tak jauh jugak lokasinya ngan office kami..

Kat sini kebabnya hampir sama dah rasanya ngan kat Mekah. Tapi tang juice tu memang tak sama langsung... Sebab standard yg biasa org buat tu juice campur air dan ais. Haishhh nampaknya kena repeat gi cari juice yang sedap itu!!!

Ok lah jom tgk apa kami makan malam tadi. Kat sini lebih banyak pilihan ya!!!













Post a Comment