Tuesday, March 26, 2013

Tercabar anak-anak perempuannya ada jersi Johor..:))

Jersi Aleesya dan Ayyunie ni di sponsor. Di sponsor oleh siapa?? Di sponsor oleh company yg buat jersi event utk "summer luxury camp" yang akan diadakan esok di Tanjung Sutera Resort anjuran Pusat Bahasa Pelangi.

Wahhh first time ok both Damias ada jersi. Jersi Johor pulak tu. Almaklum ler, lately pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kan disebut2 oleh orf ramai. Tu yang mencanak naik jualan jersi Johor ni. Sampaikan baju event tahun ni pun students saya request nak buat jersi. Tapi semestinya lah wording pada jersi berkenaan Pusat Bahasa Pelangi kan.

Dah ada pulak yg tegur both Damias, aikkk??? Ni sokong kelantan ke Johor?? Haha, kami tak sokong sapa2 aci????

Dah bila anak2 ada jersi, si ayah terasa tercabar lah pulak..

Ahad malam lepas sanggup ajak saya temankan dia cari jersi Johor. Layankan ajer.. Hihi.. Last2 dapatlah juga jersi idaman. Kata penjual original. Cam mana nak tahu original, mula2 tgk material. Maksudnya serap peluh dan kain regangannya (strechable) pun lain dari bukan ori. Lepas tu cuba kita tarik2 baju tu, tengok pecah atau putus2 tak cop tulisan atau logo tu. Kalau ok, ori lah tu. Dan last sekali lepas basuh tgk jersi tu mengecut tak dan tulisan tu hilang tak. Cam tu lah tips yang saya dan ayah damia dengar dari penjual tu.

Hurm ok lah, jom tgk jersi both Damias dan juga ayah damia.

P/s: Jersi last sekali tu utk peserta dan fasilitator kem!!!

P/s: Gambar no 3 tu kebetulan pulak pergi makan kat kedai fanatik team Johor, samalah pulak design baju ngan design alas meja tu.. Muahahaha













Post a Comment