Monday, March 11, 2013

The big big giant karipap!!!

Ya Allah, terkejut masa mula2 tgk karipap yang besar gedabak ni... Haishhh menarik perhatian betul lah karipap ni.. Selalu nampak karipap besar yang dalam tu ada inti telur 1 biji dan kari kentang tu.. Ni lagi berkali kali ganda besar.. subhanallah.. Macam2 kekreatifan penjual2 kan.. Inilah yang kita mahu.. Inovatif dan kreatif!!!

Btw saya jumpa karipap giant ni betul2 depan FAMA dan Jab. pertanian Johor.. Kebetulan saya ada appointment susulan dengan FAMA utk dapatkan nutrition fact produk saya..sekali keluar nak balik.. Eh banyak pula payung2 tepi jalan.. Rupa2nya ada pasar tani kat situ setiap hari isnin..

Karipap Giant tu harganya RM5 seketull.. Makcik yg jual tu cakap makan 1 karipap ni umpama makan 15 ketul karipap biasa tu.. Haha.. Ni mahu 4 beranak sama2 makan sampai habis..

Ok lah saya dah sampai kat satu agensi lagi nak buat barcode produk.. Khas utk uolsss saya tinggalkan gambar2 karipap giant tu ya..:))








No comments: