Alhamdulillah, Syukur..
Kerana majoriti pelajar-pelajar SPM 2012 yang belajar di Pusat Bahasa Pelangi mendapat keputusan yang cemerlang yang diumumkan pagi tadi.
Btw pagi tadi saya dan ayah damia agak sibuk sebab lepas sahaja hantar anak2 ke tadika, kami cepat2 ke Pontian pula untuk mengambil jersi-jersi pelajar serta jersi-jersi facilitator utk kem motivasi tak lama lagi. Otw balik JB, handphone tak putus2 dapat panggilan dari ibu bapa yg mengucapkan terima kasih kerana mengajar anak2 mereka serta dari pelajar2 SPM 2012 yang tak sabar nak jumpa kami.
Sampai2 sahaja depan Pusat Bahasa Pelangi...wahhhh dah ramai anak murid menunggu nak bagitau keputusan masing2.
Pengetua sibuk meneliti keputusan para pelajar SPM 2012.
Sambil2 bincang hala tuju masing2 lepas ni mengikut keputusan yang masing-masing dapat.
Sambil2 tu belanja mereka makan sekali...
Lepas tu sorang demi sorang pula datang utk berbincang kursus-kursus yang mereka nak ambil dan ada siap bawa laptop lagi sebab nak buat pembaikan utk isi borang UPU yang lepas. Tahniah Asmah kerana dapat keputusan yang membanggakan. Tahniah juga kepada pelajar2 yang lain. Nanti kita buat reunion ok!!!
Yang tak berjaya, jangan sedih-sedih. Tiada siapa yang perlu disalahkan. Percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
p/s: Saya direct ada kelas dari jam 4 petang sampai 10 malam.. Berhenti utk solat semata2...Ni pun taip cepat2 kat office sementara tunggu students balik kul 10 jap lagi...Alhamdulillah dengan kerjaya saya..
2 comments:
alhamdulillah..taman u kat area mana yer? tak perasan pulak?
taman u depan sedap sup tu...:))
Post a Comment