Tuesday, March 5, 2013

Day 3 || Terima kasih Kolej Komuniti..

Laa, tak buat lagi entry pasal last day kat kolej Komuniti tu..
 Ingatkan dah buat.. Hihi.. Tak pe nak tulis juga sebagai profile serta rujukan akan datang..
Ok lah.. Last day kat Kolej Komuniti.. Lebih fokus pada buat laporan kewangan serta unjuran hasil pendapatan business masing2.. Ada tu sampai untung berjuta2 setahun.. Perghhh nanti kalau uolsss dah beli kereta Porsche yang macam uolsss cakap dalam kelas haritu.. Jangan lupakan saya ya uolsss.. Uolss merujuk kepada peserta seminar kolej ni..:))
Btw saya tgk masing2 walaupun masih muda dan kurang pengalaman, tetapi daya maju utk kendalikan business tu ada. Cuma banyak lagi teori, kursus serta pengalaman yang perlu ditimba utk kekal lama dalam business.


Apa2 pun jom tgk gambar2 saya bersama student2 kolej komuniti pada hari last saya bagi seminar disana..



Masing2 dalam kelas bagaikan nak pecah kepala mengira unjuran untung rugi masing... hah baru tahu kenapa businessman selalu botak kan... hihi



Lepas presentation kepada pensyarah masing2.. penyampaian cenderahati dilakukan..
Opsss..saya pakai jubah baru beli dari Mekah



Ayah Damia yg banyak membantu para bakal usahawan utk lebih yakin dan berdaya saing utk menceburi bidang perniagaan..



Bergambar beramai-ramai bersama peserta seminar dan juga pensyarah2 terlibat. Sepatutnya selalu habis jam 4:30 ptg... ni presentation pun dah drag sampai kul 5 lebih.. bergambar lagi, makan lagi.. ngam2 sampai office sendiri terus masuk mengajar..hah tu jam kat dinding sebagai bukti...:))



Selalu saya dan ayah damia yang menilai staffs saya...hah ni para pelajar pula yang menilai kami...mudah-mudahan semua yang kami ajar dan kongsi dapatlah mereka praktikkan...


Sijil serta surat lantikan utk saya..


Akhir sekali, terima kasih daun keladi kepada pihak Kolej Komuniti..
Insyaallah...nanti jemput saya lagi..
Untuk berkongsi serta mengajar ilmu yang padat berisi..
Bayaran pun dah kami terima dengan hati gembira tak terperi...:))

Alhamdulillah..Syukur pada rezekiMU..

p/s: Sepatutnya jadual asal kami bagi seminar adalah bulan Jan haritu lagi...tapi postponed sebab students sana jadual penuh, pastu postponed lagi sebab jadual saya pula penuh..pastu postponed lagi bulan Feb sebab penerbangan saya delay ke Jeddah, pastu postponed sehinggalah tarikh yang ngam2 saya sampai 2 hari sebelum bagi seminar..Walaupun badan saya masih penat, ayah damia sampai tak ada suara...tapi komitmen tetap dijalankan...Syukur!!!1

No comments: