Thursday, March 21, 2013

Sate Wak Radol di Desa Skudai

Wahhh satu lagi rangkaian Sate Wak Radol kini dah dibuka di Taman Desa Skudai. Bagi penduduk kawasan setempat tak yah pergi jauh-jauh lagi utk mencari Sate warisan zaman berzaman ni.

Kalau dulu saya suka sangat makan sate ni kat Kempas. Betul2 tepi highway Laluan Pasir Gudang tu. Nak parking pun kena parking tepi laluan highway. Ni dah senang, tak yah susah2 pergi makan kat jauh, belakang office saya jer ni.. Tak sampai 5 minit dah sampai sini.

Apa yang specialnya sate ni??? Sebab sate ni panjang2 dan tak da lemak. Adalah lemak sikit2, tapi minimum sangat lemaknya. Manis dan berasa rempah gitu. Sate warisan berzaman di Johor.

Ok jom kita tgk gambar. Oh ya sate ni boleh didapati di sebelah Shell yang dah tutup kat Taman Desa Skudai tu ya. No worries, malam2 senang cari sebab memang meriah ngan cahaya kat situ..

P/s: Ada juga makanan panas, soto dan otak2 kat situ ya..:)









Post a Comment