Friday, March 15, 2013

Umrah 2013 II Perasaan pertama kali melihat kaabah

Pertama kali saya melihat kaabah, adalah pada 13 February 2013 iaitu lebih kurang jam 12:30 tengah malam sebaik sahaja kami tiba dari Madinah. Ya Allah, perasaan saya jejak sahaja kaki di Masjidilharam pun dah bertakung air mata, apatah lagi melihat kaabah sebaik sahaja masuk melalui pintu utama iaitu pintu King Abdul Aziz. Bercucuran air mata menitis yang bertakung tadi setelah cuba menahan sebak tanda kesyukuran yang akhirnya saya sampai jua di rumah Allah dan sekaligus menjadi tetamu Agungnya.

Sebaik sahaja kaabah betul2 berada beberapa meter di hadapan mata sendiri, perasaan takjub dan teruja timbul kerana sungguh tak percaya yang impian dan doa untuk menjadi tetamuNYA tercapai jua. Meremang bulu roma saya tatkala melihat ramai umat-umat islam yang lain berpusu-pusu membuat tawaf dengan pakaian ihram masing-masing sambil mulut masing-masing mengucapkan kalimah-kalimah Allah.

Kaabah yang selama ini menjadi kiblat umat islam, berdiri gah di depan mata sendiri. Timbul satu perasaan sangat tenang dan rendah diri serendah-rendahnya menghadap yang Maha Esa. Lupa sekejap anak2 di Malaysia, lupa sekejap kerja-kerja di office, lupa sekejap masalah-masalah yang timbul selama ini. Yang ingat hanya betul2  nak beribadah kepadaNYA sahaja. Tanyalah sesiapa yang pernah pergi Umrah, memang ini merupakan pengalaman yang sukar diungkapkan. 

Betapa agungnya kaabah, manusia tak pernah putus-putus datang ke sini. Setiap saat, ada sahaja orang tak putus-putus tawaf mengelilingi kaabah. Berhentinya tawaf hanya waktu solat fardhu sahaja. Selepas solat, masing-masing berebut untuk sambung tawaf kembali. Semakin menjelang tengah malam hingga ke pagi, semaki ramai manusia akan bertawaf. Berbeza sungguh Suasana di MasjidilHaram berbanding tempat lain. 

Terujanya semasa saya tawaf sebab pelbagai bangsa, paras dan rupa serta dari pelbagai negara sama-sama melakukan tawaf membesarkan Allah. Dan yang bestnya pelbagai bahasa jua kita boleh dengar masing-masing memuji dan mengagungkan Allah. 

Gambar-gambar kat bawah ni saya snap masa lepas solat subuh setelah beberapa hari saya di Mekah Al-Mukarramah. Sekali itu sahaja saya bawa DSLR saya ke Masjidilharam semata-mata untuk mengabadikan kenangan-kenangan indah saya di rumah Allah. Insyallah, yang mana baik datang daripada Allah, yang buruk itu semua dari kekhilafan saya sendiri.



Pandangan Kaabah dari tingkat 2. Kebetulan masa ni saya solat di tingkat 2. Sejuk jer angin sepoi-sepoi datang meniup bayu wajah saya. Bayangkan, lepas solat subuh, manusia berlumba-lumba untuk bertawaf di Kaabah. 


Ni pula pandangan di tingkat 2 dan tingkat 3 Masjidilharam. Selalunya lepas solat fardu, orang ramai akan mengadap Kaabah sambil berdoa atau mengaji Al-Quran. See, manusia sentiasa penuh tak kira di ceruk mana dalam Masjidilharam.


Makin lama makin ramai pula umat islam menunaikan tawaf sunat atau tawaf rukun. Tenang melihat suasana yang baru pertama kali saya lihat dengan mata sendiri ni. 


Lepas tawaf, umat islam ramai-ramai mengerjakan saei pula. Tu ada satu lorong untuk menuju ke tempat Saei. 

Ya Allah Ya Tuhanku, perkenankan lah doaku dan suamiku untuk datang kembali ke rumahMU ini..
Amin Ya Rabbana Alamin

p/s: Saya tak sempat-sempat lagi nak buat travelog Umrah ni..haishh bila nak buat travelog ni..


Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

3 comments:

shark said...

alhamdulillah syukur..
saya berdoa giliran saya pula nanti :)

lina said...

bestnya kak ayu dah sampai sana. me n husband belum berpeluang lagi. tiap masa berdoa agar one day dapat menjadi tetamu Allah jugak =)

Unknown said...

MasyALLAH sentiasa ramai ya org kat Mekah nie.. Nie bukan musim haji lagi.. Musim haji mst lgi berganda2 ramainya