Monday, April 1, 2013

4th Birthday Celebration || Kek dah comel tapi Ayyunie....

Seperti biasa, kalau dah nama pun harijadi kanak-kanak, kek wajib adalah kan..
Ok, kek tahun ni temanya adalah Storybook Cake.
Sebenarnya dah bincang dengan orang yang buat kek ni saya nak buat design lain, tapi masalahnya org yang buat kek ni cadangkan kek yang saya nak mula2 tu tinggi, susah nak bawak travel, dalam bas pulak tu.
So conclusion buatlah Storybook cake ni sebab lebih selamat dan menarik.
Ni hasil perbincangan ngan ayah damia juga design kek ni..



Saya ada google2 juga design kek storybook ni cam mana..
Lepas tu saya jumpa yang jenis 3D macam ni..
Nampak menarik..
So decided kat org yang buat kek buat kek 3D...
Lepas tu ada jugaklah adjust tambah2 idea sendiri sikit.
Macam budak perempuan bawah pokok tu idea saya sendiri.
Melambangkan hubungan both Damias yang sentiasa together.


Terima kasih kepada pembuat kek sebab buatkan kek yang comel ini.
Btw orang yang sama juga buat kek anniversary saya yang lepas..
Alaaa, kek yang ibu ayah dan anak2 tidur dalam selimut tu..
Kalau tak ingat, boleh klik2 kat link bawah..:))


Tapi kadang2 kalau kek dah comel sangat, sayang nak makan pun ya kan...:))


Selain dari kek, antara makanan lain pada malam tu adalah Ladybird Apam Polkadots ni..
Sedap...Gebu...dan yang best dalam tu inti coklat yang crunchy...


Blueberry Cheese Tart..
Nasib baik ok lagi..
Al maklum ler, dari pagi bawa naik bas, lepas tu simpan dalam bilik yang tak ada peti ais pula, tapi simpan dalam kotak polistrin besar yang putih tu..tq tu my staff yang susah payah tolong jaga menu2 ni semua...saya sibuk jaga both Damias jer...:))


Chocolate Wrapper..
This year sangat sedap chocolatenya sebab dalam tu ada badam hancur sekali..
Memang puas hati.. Kalau tahun lepas punya chocolate wrapper chocolate semata2...

Dan menu utamanya adalah mee goreng buatan cafe resort..
Alhamdulillah, best sangat mee goreng tu...penuh lauk pauk udang, sotong dan ayam..
Fuhh, nama pun resort yang masak kan...walaupun agak mahal tapi berbaloi..


Ok lah berbalik pada tajuk entry..
Makanan dah best2 dan warna warni dah..
Tetamu pun ramai..
Buat pulak kat cafe resort lagi..
Menu utama pun menjilat jari..
Tapi sayangnya Birthday Girl so moody sangat2..
Mana tak moody, terpaksa kejutkan birthday girl dari tidur tau..


Sepatutnya celebrated jam 9:30 malam...
Cun dah waktu yang dirancang tu..
Tapi disebabkan pencaramah malam tu drag masa sampai jam 10:30 malam...
Fuhhh semua pun tak sabar2 nak habiskan ceramah tu...
Siap itu ini, last2 jam 10:45 malam baru celebrated..

Disebabkan lambat sangat, both Damias dah tertidur atas riba dalam dewan..
Lepas tu saya pun bawa masuk bilik chalet tidur..
Tu yang jam 10:30 malam kejutkan Ayyunie moody semacam jer..huhu


Langsung tak nak senyum tau..
Ayah damia pula entertainted 3 org tetamu/penceramah tu..
Kalau tak boleh jugak suruh ayah damia pujuk2 Ayyunie..
Tengok nak tiup lilin no 4 tu pun tak nak..
Sabar jer lah..


Nak potong kek pun kena org pegang tangan dia..
Sabar jer lah Ayyunie..
Tapi saya dan ayah damia langsung tak salahkan dia..
Sebab rasanya mana2 budak pun mesti moody kalau dah tidur pastu kejutkan balik..
Budak2 yang sama2 celebrated birthday pun faham..
Tapi masalahnya lepas dah potong kek dan makan2..
Boleh pulak bukan main galam lagi si Ayyunie ni..
Cakap itu cakap ini..
Haih lah anak..
Tapi syukur sebab berpeluang celebrated birthday Ayyunie walaupun masa agak suntuk..
Aminn..

******************************************************************************
Gambar-gambar kat bawah ni saya ambil dari DSLR student saya...Tq for the lovely captured Ammar..





Tq to all my students dan staffs yang sama2 bagi komitmen menjayakan majlis yang sederhana ini..
Tanpa anda semua, mungkin majlis ini tidak berjalan lancar..
Oh ya nanti ada masa saya posted video sambutan birthday Ayyunie ya..
Tu pun my student juga yang ambilkan video..



Eh, ada lagilah kek!!!
Untuk siapa ni???
Jeng jeng jeng!!!!




Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment