Tuesday, April 2, 2013

4th Birthday Present || Kid's Bike & Helmet


Finally, janji ditepati..Dari January lagi Ayyunie nak basikal, saja tunggu Birthday dia baru bagi. Yang untungnya, si kembar tak seiras dan tak seumur tu lah..dapat juga basikal baru ganti basikal lama dia. Apa2 pun, ibu ayah happy dapat gembirakan anak2 ibu dan ayah..:)) Punyalah excited Aleesya dapat basikal tu, sampai lepas jer balik dari mana2, Aleesya cakap..."muahhhhhh, rindu basikal kakak"..haha


Lepas sahaja kami balik dari makan2 kat Pizza Hut Setia Tropika celebrated birthday Ayyunie bersama keluarga kecil kami, terus ke kedai basikal utk menepati janji-janji yang dah lama dijanjikan oleh ayahnya..

See, kakaknya terlebih happy dapat basikal baru, mengalahkan birthday girl pulak..
Tapi basikal lama Aleesya tu harus dah berganti baru sebab dah 2 tahun pun..kecikkk..dah tak sesuai utk Aleesya yang makin besar dan tinggi..


Tak sabar2 nak main..
Balik jer rumah terus ajak ibu dan ayahnya main kat taman..
Sambil dibekalkan air kotak Dutch Lady sorang satu..:))


Basikal Aleesya berharga RM170..
Basikal Ayyunie berharga RM160..
Total 2 basikal RM300 
Tu pun lepas Aunty jual basikal tu teruja tgk Aleesya tulis bahasa cina dan pandai reply dalam bahasa cina selepas ditanya soalan dalam bahasa cina. 


Yeayyy saya juara..
Happy tgk both of Damias gembira dengan bike dan helmet baru.


Alololo comeyynya Ayyunie pakai helmet tu...hihi


Boleh jadi model Dutch Lady tak???


Ayyunie pun bukan main terror dah kayuh basikal sekarang...sama besar lak tu basikal kakak ngan adik...cuma time naik dan turun tempat berbukit jer kena pegang basikal...


Helmet pink tu RM25, beli kat kedai basikal lain..
Helmet merah tu RM20, beli kat basikal lain..
Btw nak cari helmet pink juga utk Aleesya, tapi rupa2nya tak banyak kedai basikal jual helmet kanak-kanak tu..
So nak tak nak beli jer lah yang mana available..

Apa2 pun Alhamdulillah sebab dapat happy kan anak2 ibu dan ayah.
So, janji ditepati!!!!
Hah main sampai jadi besi buruk ya basikal-basikal tu...:))


Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

3 comments:

mummy_ayu said...

wah..seronoknya masing2..Ayu pun nak belikan basikan for Iris..and menariks gak tu belikan helmet sekali..emmm...

Anonymous said...

dah sama besar adik ngan kakak ni

aLyNnZ said...

Cantiknyer basikal baru..budak2 mmg seronok kalo dpt basikal kan..helmet pun cantik..