Monday, April 8, 2013

Lamanya tak makan di Anjung Warisan

Ya memang bertahun dah tak makan kat sini. Sejak2 Anjung Warisan ni ditutup sementara waktu dulu. Malam tadi boleh sampai ke sini pun sebab dah tak tahu nak makan kat mana, sekali dapat idea search dalam GPS kat navi kereta tempat2 makan menarik kat Johor.. Terjumpa pula Anjung Warisan. So kami try jer lah pergi kot2 dah buka balik kan.. Memang dah buka pun..

Anjung Warisan ni agak tersembunyi tempat makannya. Laluan lorong kecik jer. Kena masuk ke pedalaman sikit. Tapi sampai jer kat sini, tersergam indah tempat makan unik 2 tingkat yang berkonsepkan kayu dan bermandikan cahaya.

Kat Anjung Warisan ni yg uniknya sambil kita makan, kita boleh dengar org main ANGKLUNG ikut alunan muzik yang dimainkan. Contohnya malam tadi kami dengar org main angklung lagu Lelaki Ini, Erkkk apa pula tajuk lagu tu ya, yang pasti nyanyian Siti Nurhaliza, dan juga lagu2 Inggeris. Unik tau bunyi angklung2 ni.

Ok lah jom tgk gambar2 di Anjung Warisan. Semalam kami makan di tingkat atas. Stail duduk bersila sambil boleh menikmati pemandangan kat bawah.. Hihi

P/s: Semalan otw balik rumah dari sini, layan ABPBH dalan kereta jer...:)). Ngam2 masuk kereta umum Pelakon TV lelaki popular... Siapa lagi kan...:))

P/s: As usual, gambar kami berdua tu Aleesya yg snap...





















Post a Comment