Wednesday, April 10, 2013

TERTINGGAL di tepi jalan oleh suami sendiri

Ya, TERtinggal hokeyyy, bukan DItinggal...
Itulah cerita lucu, takut dan nak marah saya hari sabtu malam ahad tempohari..
Otw kami nak makan Steambot di SINI

Ceritanya begini..
Nak start tulis ni pun dah senyum2 teringatkan kisah ni...
Lepas maghrib, ayah damia ajak kami makan di luar..
Ok lah kami semua anak beranak dah siap2 awal..
Tinggal tunggu ayah damia jer lagi sebab masa tu dia mengaji dan kebetulan pula Ayyunie pun tertidur.

Lepas dah siap semua saya dukunglah Ayyunie masuk dalam kereta. Ayyunie ngan Aleesya kat seat belakang. Saya kat seat depan. Tak sampai pun 3 minit kemudian, Ayyunie cakap nak muntah. So ayah damia pun berhentikanlah kereta kat hujung lorong tu. Saya keluar kereta sambil pegang plastik nak tadah Ayyunie muntah. Sekali tak muntah pun. Haishhh budak ni. Then saya pun tutuplah pintu belakang then nak naik seat depan. Sekali nak tahu apa yang ayah damia buat??

Huaaaaaaa, boleh jer kereta terus pergi dan dia tinggalkan saya terkontang kanting kat situ tanpa menoleh ke arah belakang pun!!!!!!!

Saya nampak dengan jelas yang ayah damia memang khusyukkkkkkkk gilerrrrr dok godek-godek Smart Car Multimedia Player baru dia tu. Saya pun hairan, eh ke ayah damia saja nak gurau2 ngan saya.. Gurau lah sangat kan.. Then saya pun berlari2 anak ikut belakang kereta tanpa cakap apa2 dan mata saya terus jer tengok kereta tu bergerak. 

Ok fine dalam hati saya cakap may be lepas ni Aleesya atau Ayyunie cakap kot kat ayahnya yang ibu diaorg tak naik lagi dalam kereta. Saya pun tunggulah kat lorong tu dalam KETAKUTAN. Ya!!! Ketakutan sebab lalu jer motor, motor tu slow dok tgk-tgk kat saya. Lalu jer kereta, driver kereta tu siap perlahankan kereta juga tgk saya. Agaknya cara saya berdiri sambil bersandar kat penghadang longkang tu persis supermodel kot. Hahaha tu yang diaorg tak putus2 tgk saya. Ya lah tu, walhal saya takut sangat!!!!!!!

Dan yang paling saya nak MARAH, saya tunggu persis Supermodel kat situ hampir 15 minit hokeyyy....Eeeeee...geramnya saya, takkan sorang pun dalam kereta tu tak perasan pun yang saya tak naik kereta lagi. Takkan anak2 saya bisu kot haritu. Yang si ayah pula, takkan lah tak sedar kot. Selama ni kalau saya naik kereta jer, ayat wajib yang dia akan tanya saya "NAK MAKAN KAT MANA??"...takkan lah haritu dia boleh tak sedar yang saya tak memberi jawapan. Haishhh memang nak marah masa tu..

Dan lepas tu ada pula kereta Citra berhenti kat saya. Adoiii, TAKUT weiiii...last2 saya cakap ni sah kang tunggu kat situ ntah jam berapa nak amik saya ni. Saya pun ambil keputusan jalan kaki balik rumah saya walaupun saya tahu, handphone saya dalam kereta, kunci rumah pun dalam kereta. Untung nasib boleh tumpang duduk rumah jiran kan....hihi...Nasib saya baik sebab kebetulan masa tu pasangan suami isteri jiran saya tengah siram pokok2 yang diaorg tanam. Jiran saya tu tanya "Hah, dari mana Ayu???"...saya pun ceritalah kat diaorg yang saya ni TERTINGGAL dek suami. Hahahaha, bantai gelak weiii diaorg kat saya. Adoiii MALU pun ya. 

Lepas tu jiran saya tu nak masuk ambil handphone dia suruh saya call ayah damia. Tak sempat masuk, tengok kereta yanG dipandu ayah damia dah sampai depan rumah saya. Amboiiii, bukan main gelak lagi ya abang dalam kereta tu. Yang saya pula geram campur nak marah pun ada. Eeeeee, tapi bila terfikir sejenak, LUCU pun ya juga.

Lepas dah ucap terima kasih kat jiran saya tu, saya pun naik lah kereta menuju ke tempat makan. Saya pun cakap dalam kereta.."Tak logik betul abang tak tahu sayang tak ada dalam kereta"... sekali ayah damia pun jawab, "mana abang tahu, abang dok focus kat screem LCD player ni kenapa keluar warna biru, abang tanya nak makan kat mana, Aleesya jawab makan lah mana2 pun...ingatkan awak focus main handphone awak"....huhu..

Amboi Aleesya, boleh pula ya jawab "makanlah mana2"...haishhh...Ayyunie memang diam jer sebab dia kan mamai baru bangun dari tidur. Adoilah, lepas dah berbalas-balas cakap dalam kereta nak tahu tak kami buat apa??

Kami sama-sama dok gelak dalam kereta termasuklah Aleesya sekali. Adoiiilah, lucu sungguh pabila dikenangnya..

Haishhh memang kejadian TERTINGGAL ni meninggalkan seribu kenanganlah.
 Sempat saya berseloroh ngan jiran saya sebelum naik kereta tu..
"Sepanjang nak masuk 9 tahun kahwin ni kak, ni lah pertama kali saya kena tinggal dengan suami sendiri"
Sekali suami akak jiran tu cakap 
"Kena tulis dalam diari tuh, baru ingat sampai bila-bila"

Opsssss, saya dah berzaman tak tulis diari, so saya tulis dalam Blog jer lah....hihi..Baru nak masuk 9 tahun dah TERTINGGAL isteri...Harap2 janganlah masuk 19 tahun kahwin ke, 29 tahun kahwin ke tertinggal isteri lagi sudahhhhh....

p/s: Ni lah masalah smart phone ke, smart camera ke, smart Car multimedia Player ke, boleh membuatkan pemandu ralit dan leka sekaligus TERTINGGAL isteri tepi jalan. Ni lagilah, terus boleh buka opera/main internet via player tu. Bahaya.... bahaya...

Moral of the story
"Sila focus semasa pemanduan anda, dan pastikan yang tersayang naik kereta dulu baru jalan ya"..

Gambar sekadar hiasan


Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

9 comments:

Tercipta Untukku dan Untukmu said...

Adehh mmg lucu la ..nak marah pun ada kan leh x pasan pulak wife xde dlm kete ..kira sweet momment la ni sure igt sampai bila2

mamaRIFQY said...

hahahhaa....sangatttt lucu !!kiki...boleh pulak ayah damia tertinggal kak ayu!kikiki

Mama Zharfan said...

LOL siyes sgt lucu hehheheheheh

pearl said...

kuang kuang kuang

Atie said...

Dok bantai gelak baca cerita kak ni tau..haha..kesian akak nasib baik la tak dak mat rempit kacau..btw cantik sgt pic akak sefamily dgn produk Johnson tu:)

Anonymous said...

lawak la kak ayu tapi pasnih kena betul2 hati2...nasib kak ayu yg tertinggal...bygkan kalo yg tertinggal tu salah sorang drpd anak akak...huhuu...mintak dijauhkan la ye kak...kalo bab nih saya terigt masa mak saya nak bersalinkan saya...mak cita..nenek belum naik keta..abah saya da jalan da..hahah....lebey kurang la tu kan kak?hihii

Nur-nba said...

Tergelak baca kisah Ayu... Memang kenangan tak boleh dilupakan.. :) Nasib takde kejadian tak dingini berlaku..

e.l.i.z.@ said...

Ahhahahaha Htobak lucu ayu wehhh..buleh dio x kaba bini xdop sebeloh..adoi laaaa

yumielufya said...

kelakar pun ada dgn Ayh Damia tpi rasa takut pun ada bila kngkan nasib akk tu masatu..nasib baik tkde apa2 berlaku..