Wednesday, April 3, 2013

Hadiah dari A Famosa Resort dah sampai..

Finally, setelah 3 bulan menunggu hadiah dari A Famosa, sampai jua akhirnya..
Ada 2 kotak yang disampaikan kepada saya oleh A Famosa. Ya lah sebab saya menang 2 kategori masa join contest Anjuran A Famosa tu..
Setiap kotak ada satu patung comel dan juga satu sampul surat..

Ada apa dalam sampul ya??/


Sampul pertama ada 4 tiket ke Cowboy Town dan juga 4 tiket ke Animal Safari 


Tiket tu adalah untuk kemenangan kategori "Most Creative Photo"..


Sampul kedua pula ada 2 tiket masuk ke Cowboy Town juga..


Untuk kemenangan kategori "Lucky Draw" pula..


Dan dalam setiap kotak tu ada satu patung yang digantung dengan gula2 dilehernya..
Comel patung tu, lembut jer..
Tapi simpan utk dibagi hadiah kepada kanak2 lain jer lah jawabnya..
Sebab both Damias tak minat sangat patung2 ni..
Memadai patung busuk yang sejak kecil lagi menemani masing2 tidur..


Again, tq so much A Famosa!!!
Lepas ni boleh lah rancang nak cuti2 Melaka pula..

Oh ya kemenangan hadiah2 ni adalah hasil daripada gambar2 di link bawah..



Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment