Monday, April 29, 2013

Cantiknya Kenny Rogers Setia Tropika

Dah lama nak pergi, finally sampai juga semalam. Selalu nampak kat tepi jalan jer tersergam indah dengan bangunan 2 tingkat.

Lepas siap packaging semua, tanya both Damias nak makan kat mana. Sekali 2-2 jawab Kenny Rogers. Ok layan kan ajer. Upah teman ibu ngan ayah hari sabtu n ahad kat office.

Mula2 sampai Kenny Rogers ni.. Wahhh cantiknya!!!! Masuk dalam rekaan dalamannya memang lain dari yang lain. Nampak lebih cosy dan eksklusif berbanding yang biasa. Tempat duduk pun ada macam2 design dan pattern dan di pelbagai area. Kami memilih utk makan di sofa. Senang utk both Damias nak makan dan kami santai2..

As usual kalau makan kat sini wajib pilih ayam yang quarter meal. Dan pilihan 3 side dishes. Kalau sesiapa yg tak ada line internet kat sini Wifi free. Staff pun peramah.

Wah wah buat macam rumah sendiri pulak both Damias kat sini. Siap baring2 lagi atas sofa tu. Apa2 pun make sure jangan bagi makanan atau air tumpah ya.

Kalau dah kata rezeki tak kemana. Sedang elok kami makan kat situ, ada panggilan nak beli Coklat IQ Cocodamia pulak. Hihi.. Elok lah sangat.. Stok panas2 lagi berkotak2 dalam kereta. Tu gambar last, customer yang beli coklat tu kat Kenny Rogers. Tq ya pada semua pembeli samada secara offline atau online.

Ok lah, nak siap2. Lepas ni ada kelas pulak.

Komen saya yang tak best kat Kenny Rogers Setia Tropika ni adalah ayamnya tak well done cook. Masih berminyak dan berdarah. Lagi satu haishh kena pandai pilih meja lah sebab ada banyak lalat. Nasib baik meja kami semalam tak ada lalat.





















2 comments:

lina said...

pernah parking je depan kenny rogers tu. dlm tu ade subway jugak kan kak?

mamaRIFQY said...

kak ayuuu ! muke aleesya yang melentok atas meja tu,,macam muke pelakon2 sinetron indon tu....pelakon2 die kan mmg comey2 jer muke..ayu2..cute2 gituu..wahh..comey sangattt aleesya!!!!