Thursday, April 18, 2013

Lately dapat banyak buku politik dari my students

Ya.. Tak pernah2 sebelum ni dapat pelbagai buku politik, kalini dapat pulak.. Bukan 1 naskah, tapi 3 naskah berbeza tajuk dan isu.

Tu saya snap 1 naskah yang ada dalam drawer saya. Kebetulan buka drawer nampak buku ni, terus terlintas nak snap dan buat entry.. Kesian lately blog macam dipinggirkan...

Lagi 2 naskah dalam kereta tak terusik dari mula2 dapat buku tu.. Haishh saya ni bukannya minat politik pun. Malas nak ambil tahu. But you know what??? Tadi sebelum saya snap, sambil makan tengahari depan lappy tadi, saya TERbelek2 buku ni, lepas tu TERbaca2 pulak, pastu TERfikir2 ada betulnya juga, dan TERcari2 kebenarannya lagi, dan TERanalisa mengikut senario yang berlaku sekarang, dan finally TERtutup buku tu dan malas dah nak fikir apa yang patut apa yang tak patut!!!! Nanti lagi fikir lagi TERsusahkan akal fikiran jer nak fikir kerja orang lain kan. Baik fikir kerja sendiri yang makin lama makin banyak dan makin mencabar ni kan..

Oklah cam mana students tu boleh bagi saya buku ni, sebab ayahnya adalah pengerusi DAP parlimen Skudai ni.. Dan students ni ambil private tuition kat rumahnya. Alhamdulillah, sebilangan dari private tuition student ayah damia adalah VVIP parentsnya. Saya memang tak nak ajar private tuition ni kecuali foreigner dari Arab Saudi jer saya ajar. The rest ayah damia yang handle. Al maklum lah, tutor pilihan ramai..:))..hihi.. Ni pun ayah damia tgh mengajar students di Le Grandeur Palm Resort kat Senai. Selagi ada permintaan, jangan lepaskan peluang. Macam artis, masa muda la kerja keras, esok dah tua2 boleh bercuti around the world sambil menghayati keindahan dunia kan.. Eh melalut sudah..

Ok lah saya nak sambung kerja buat syllbus utk students saya dari Egypt esok.

P/s: Pssssttttt, jangan bagitau org tau, saya tak daftar pun mengundi, cam mana nak pergi mengundi dan minat politik???? Opssss OH MY ATTITUDE!!!! You all ada yang tak daftar juga ke???? Huhu







1 comment:

AzianKhalil said...

ada lagi buku ni..nak satu boleh?