Tuesday, March 12, 2013

Kurangkan PAH dalam makanan??? Apa itu PAH??

Saya pernah terbaca dalam artikel (dah tak ingat baca kat majalah atau suratkhabar) bahawa kalau kita makan makanan bakar secara berlebihan boleh menyebabkan risiko kanser. Ok fine, saya buat tak tahu pasal artikel tu sebab macam tak ada kepentingan dengan diri sendiri walaupun sebenarnya saya dan keluarga suka makan makanan BBQ..

Then saya terbaca pula artikel (pun tak ingat kat mana bacanya...huhu) berkisarkan kalau kita makan makanan BBQ, mesti disediakan sekali salad/ timun/ atau coleslow utk menyeimbangkan kandungan karsinogenik dalam badan kita. Sejak itu saya mula berfikir yang patutlah setiap kali kita makan makanan BBQ, pasti akan dihidangkan bersama dengan apa2 salad atau sayuran.

Dan semalam saya terbaca dan siap bawak balik utk scan tentang PAH yang terdapat dalam makanan BBQ tu...so mulai dari sekarang, saya akan betul2 make sure setiap kali makan makanan BBQ, mesti disediakan sekali salad atau timun. 

Kalau uolss nak tahu lebih lanjut berkenaan PAH ni...
Sila lah baca pamplet ni sampai habis..
Sharing is caring..:))





p/s: Makanan BBQ memang kegemaran kami sekeluarga..anda pula bagaimana??

Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

1 comment:

Anonymous said...

suka juga tp sejak dpt tau xelok dah mula kurangkan
tp bese bbq klw g picnic je
kat umah xpenah plak wat bbq