Monday, March 4, 2013

Big dinner @ Senibong

Saya dan ayah damia selamat sampai di JB dari Jeddah Airport jam 3 pagi 22hb aritu bersamaan hari jumaat..Alhamdulillah, kami selamat sampai jua akhirnya walaupun flight delay 4 jam di Jeddah Airport..

Hari jumaat tu walaupun baru sampai di JB, tapi seawal pagi dah ke hulu hilir uruskan itu ini..Sempat juga masuk office walaupun saya tak start mengajar lagi...

Malam tu lepas office tutup dalam jam 10 malam, saya dan ayah damia decided bawa ibu serta ayah mertua saya makan seafood di Senibong. Kebetulan keesokkan harinya mereka dah nak balik. Lagipun rindu nak makan sama-sama ngan both Damias disamping meraikan kepulangan kami balik umrah pun ya kot...hihi


Macam biasa, kalau makan kat Senibong, kedai no 6 menjadi pilihan saya. Terletak ditengah2 dan kedai bewarna kuning..


Pelbagai seafood fresh ada kat sini...


Aneka ikan. Pilih2 yang mana satu menjadi idaman..


Saya tak makan siput gonggong ni...huhu


Aneka kerang, lala dan kupang...


Muka suci baru balik Umrah...botak habis...hihi


Wajib menjadi menu makanan kami pada malam tu..


Ketam masak sambal telur..


Udang galah goreng butter


Sup ayam..


Kerapu bakar..
Besttt sangat...recommended tau!!!!


Pari bakar...pun best sangatt!!!


Sayur capcai...


TQ kepada ibu mertua, ayah mertua, Adik ipar, syahmi dan seorang lagi tiada dalam gambar adik ipar, Mizah sebab dah start praktikal kat sekolah Kajang..Jasa uolss dikenang sebab susah payah jaga both Damias dan office kami...


Alhamdulillah....semuanya berjalan lancar...



Ok, nak pergi hantar both Damias pergi sekolah dulu...



4 comments:

*∽ IZAN ∽* said...

sedapnya layan seafood. Senibong ni kat Johor ekkk... *prg Johor yg tak exper pun pasal JOhor uhuhuh*

Atie said...

Saya & family bila makan seafood mesti tak order dah ayam or daging coz tak best makan bila combine dgn seafood tu..hihi

Unknown said...

ya lah Izan, Senobong ni tempat femes makan seafood kat Johor...pernah masuk Tv beberapa kali..

Unknown said...

atie, tips yang berguna...next time saya makan seafood tak nak order ayam daging jugak...hihi