Thursday, August 2, 2012

TUHAN yang cakap

Takkan lupa kejadian ni sampai bila2. Masa kami sahur kat Quality Hotel seperti yang diceritakan dalam previous entry, Aleesya kan ikut sahur juga. So ayah damia dah bagi motivasi dan ceramah seawal pagi supaya Aleesya dapat bertahan puasa 1 hari penuh.

Tabiat Aleesya pulak, kalau bangun pagi mesti minta minum milk walaupun dia masih atas tilamnya.. Pastu tak makan apa pun sehingga jam 2 petang pun tak kisah dah.

Kebetulan pagi tu lebih kurang jam 9 pagi, tiba2 Aleesya minta milk. "ayah ayah nak milk". Saya memang tak sedar sebab tido mati. Sekali ayahnya jawab " mana boleh minum milk, tadikan dah sahur!!!".

Aleesya yang dalam mamai2 pun tanya lagi " tu sapa yang bercakap"?? Sekali ayah damia cakap " Ini TUHAN yang cakap"!!!

Haha saya dah tergelak besar masa ayah damia ulang cerita tu kat saya. Sebab masa kejadian saya memang tido mati. Tapi berkesannya aritu, aleesya dapat berpuasa sampai jam 2 petang. Tu pun dia makan biskut chipsmore masa kami kat Kenanga Wholesale City sebab kebetulan si Ayyunie tgh makan biskut tu.. Adoiii memang tak leh ingat betul kisah "ini TUHAN yang cakap".. Haha

Di samping training Aleesya puasa, juga training Aleesya solat tak tinggal.. Yang selalu miss ialah subuh.. Waktu2 lain ok sebab walaupun kami keluar jalan2 atau jadi musafir, aleesya memang tak tinggal telekung sembahyangnya... Mana2 mesti bawak telekungnya.. Solat tarawih pun ikut sampai 8 rakaat walaupun ikut yang yang yok..:)

Banyak cabaran dan liku2 yang kita semua akan tempuhi dalam mendidik anak2 kecil ni. Apa2 doakan semoga anak2 kita terang hati dan selalu mendengar kita. Dan saya selalu cakap kat aleesya kalau tak solat nanti TUHAN marah.. Pastu kejap jer dia ikut solat.





P/s; tapi kadang2 budak2 ni ada moodnya jugak..


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment