Thursday, August 30, 2012

Nak ?? Tak nak?? Nak ??? Tak nak???

Dalam dilema ni..
Apa yang nak tak nak nak tak nak tu??
Btw hari ni hari ke 5 dah puasa 6 syawal.. Direct puasa dari hari ahad lepas.. So maksudnya esok lah last dan boleh beraya sekali lagi..
Masalahnya esok pulak banyak betul jemputan raya.. Dari pagi sampai malam ada jemputan. Tak pergi nanti org yang menjemput tu cakap apa pulakkan..
Tapi kalau tak puasa, bila nak habiskan 1 hari lagi tu?? Hujung minggu ni dah ke KL.. Next week pulak period.. Ni pun dah rasa tanda2 ketibaan period ni.. Hopefully cik P sabar yer.. Biar selamat puasa saya harini.. Hujung minggu depan pulak ada sport day school both Damias lah, pastu ada marhaban lah, pastu diri sendiri pun nak buat makan2 lah, pastu ada jamuan raya office lah, pastu nak celebrated anniversary lah... Haishhh macam program.. Kang ada yang termiss puasa lagi satu hari ni jer..Sayang weiiiii, puasa direct 5 hari non stop, alih2 miss pulak 1 hari lagi..
Tapi ikutkan kata ayah damia, tak baik pulak kalau tak pergi jemputan yang dah diajak.. Nanti kita buat open house rumah sendiri, tak ada pulak yang datang..

Ada sesiapa boleh bagi advices??? Nak puasa atau tak nak esok?? Please please please.. Dalam dilema ni..

P/s: Ramai betul yg buat open house dan kenduri kahwin hujung minggu ni.. btw kalau ikut perancangan awal pun, saya dan suami pun pilih esok juga utk buat open house.. Hurmmm






- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment