Saturday, August 18, 2012

Live from Kota Bharu

Alhamdulillah.. dah selamat sampai Kota Bharu jam 12 tengahari semalam setelah bertolak dari JB kul 1 pagi. Perjalanan lancar dan langsung tidak sesak!!! Kereta pun tak banyak sangat cuma masa kat terengganu jer lah traffik sibuk sikit..

Semalam dah berbuka ramai2 kat rumah mertua saya.. fuhhh cukup lengkap semua!! Makanan pun best2 seperti sup kaki lembu, ayam dan ikan percik, sayur2an dan macammmmm macammmm lagi ada!!! Yang paling best jemput durian.

Semalam juga dapat bertarawikh kat rumah ramai2 dgn ahli keluarga!! Tenang rasa jiwa. Ingat malam tadi nak jalan2 kat Wakaf Che Yeh sebab budak2 tido awal.. haishh tak larat tak larat..

Oklah.. ni dah otw nak ke rumah mak pulak kat Pasir Mas. Harap2 janganlah jammed walaupun dah tahu sikit banyak pasti jammed!!! Malam nanti balik rumah mertua kota bharu pulak, pastu petang esok balik Pasir Mas lagi.. gitulah rutin Raya saya!!




- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

ida =) said...

ehhh??? x sesak? lebih kurang kl - kb sahaja