So semalam saya ajak students saya pergi makan sama2 kat situ. Memang saya dah cakap yg saya akan belanja sebelum cuti raya. Kebetulan pulak memang ALI bersungguh2 lagi ajak kami selepas kelas pagi semalam. Menu utama kami semalam adalah kabshah chicken dan air semestinya juice.. Sebab kat sini juice kaw kaw!!!
Kempunan Aleesya nak makan kebab chicken tercapai!! Wahh puas hati betul Aleesya yer..
Ayyunie diet, makan 2 mulut jer.. Betullah, dia dah kurang makan nasi sekarang.
Ok back to topic, sekali time saya bangun nak bayar, Ali cepat2 datang cakap kat saya "no no teacher".. Hah?? Dalam hati saya siap terdetik " takkan Ali belanja semua kot"?? Saya tak sedap hati, pergi ke depan kaunter then keluarkan duit... Ali cepat2 datang dan cakap apa ntah kat cashier tu, then cashier tu cakap " no need to pay".. Students saya semua dah takut2.. Betulke dia belanja semua?? Sebab kalau kirakan kos makan tu agak banyal jugak tu!!! Students saya siap cakap " cikgu ada share ke kat restoran ni"??? Haha
Apa2 pun terima kasih ALI.. murah rezeki awak belanja kami semua makan. Saya doakan awak lulus dan terang hati masa nak jawab soalan exam communication nanti.. Hehe..
Oh yer... Saya pun ada bagi beberapa balang kuih utk students saya dari luar negara. Kesian mereka tak dapat balik negara masing2 demi sesuap nasi.. Huhu
Apa2 pun betullah org kata, kita sedekah RM5 jer, tapi ALLAH gandakan 10 kali nilai RM5 tu kat kita..semoga kita menjadi insan yang lebih prihatin dalam menolong insan yang dalam kesusahan..
- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
No comments:
Post a Comment