Sunday, August 19, 2012

Terbangun sahur pulak... Oh, harini dah RAYA!!!

Seawal 4 pagi dah tersedar sendiri. Agaknya dah biasa bangun sahur kot jam-jam sebegini. Nak sahur apanya harini. Bukan ke dah raya. Nak tido balik pun dah tak boleh ni..so sempat hantar ucapan raya via sms dan juga buat entry ni..:)

Di kesempatan ini juga, saya Zarina Ayu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam khususnya pembaca2 blog saya yg dikasihi semua. Ampun maaf dipinta andai ada yg terasa hati atau kekurangan drpd pihak saya.




Tema saya dan keluarga tahun ni kuning. Sama macam tema tahun lepas. Bersederhana jer tahun ni dalam menyambut lebaran. Elakkan pembaziran, tingkatkan ibadah. Itu nawaitu saya tahun ni.

Opss baju anak lebih vouge da vass dari baju raya ibu dan ayah. Raya kan utk kanak2.. Semoga anak2 kita gembira menyambut lebaran pada tahun ini.

Sekali lagi, Salam Aidilfitri drp Zarina Ayu, Khairuddin, Aleesya dan Ayyunie...


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment