Thursday, March 22, 2012

Apa yang luar biasa BEST kat Sabah?? Cer citer sikit ...

 Assalamualaikum...
Ni nak tanya sikit...blogger-blogger kan ramai dah yang pergi Sabah..
Apa yer yang betul2 best atau pendek kata yang betul2 special kat Sabah tu yer..
Contohnya tempat makan ke, tempat snorkeling ke, hotel yang unik ke atau whatever lah..
Sebab rata2 nampak blogger tulis pergi kundasang tgk Gunung Kinabalu, kat KK gi 3 pulau tu, tempat shopping Pasar Filipina dan seumpamanya..
So, kalau siapa2 boleh jawab soalan2 atau share pengalaman berdasarkan soalan2 di bawah, amat dialu-alukan...

1. Apa yer aktiviti yang sesuai kalau kat Sabah dengan kami yang bawa anak kecil seusia 3-5 tahun??
2. Kalau pergi Kundasang, hotel apa yang best dan cantik atau unik dan apa aktiviti boleh buat kat Kundasang tu..
3. Boleh sesiapa bagi cadangan, ada tak resort atas air kat Kota Kinabalu tu??
4. Berapa jam yer dari KK nak ke Kundasang dan ada sapa2 ada no contact person incharge yang ada perkhidmatan sewa kereta?? Kalau ada figure berapa harga kos kereta yang uols sewa dan berapa lama pun ok gak.
5. Kat mana lagi tempat yang best dilawati/ jarang2 orang pergi kalau bercuti kat KK??
6. Kalau sesiapa yang pernah buat entry cuti2 sabah yang rasanya unik atau boleh sharing info, please paste the link kat ruangan komen bawah yer...senang nak link dan baca terus....jangan suruh saya cari-cari link tu...sebab saya kan sibuk orgnya...:(

Ok lah tu jer kot persoalan yang timbul di benak fikiran sekarang..

Owhhh last year awal bulan 4 kami suami isteri memang sempat berhoneymoon kat Sabah..
Tapi tak sempat ler nak pergi semua tempat sebab aktiviti utama kami di Sabah hanyalah....

 

Diving di Pulau Gaya

 

Eating seafood di belakang pasar filipino..
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2011/04/seafood-sabah-memang-terbaikkk.html


p/s: Hope you guys dapat share tempat2 yang best di area Kota Kinabalu...

Post a Comment