Tuesday, March 6, 2012

FAREEDA kena saman 1 juta!!!

Pengusaha butik saman pesaing RM1 juta


2012/03/06

SHAH ALAM: Pengusaha sebuah butik pakaian wanita di Bangi, dekat sini, memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menuntut ganti rugi RM1 juta daripada seorang lagi pemilik butik kerana mendakwa perniagaannya difitnah defendan. 

Nor Ainna Ibrahim dan suaminya, Azman Salleh, yang mengusahakan Butik Mama di Bandar Baru Bangi, melalui Syarikat Mama Secret Industry milik mereka, memfailkan tuntutan itu terhadap pemilik sebuah lagi butik, Faridah Zakaria, yang juga beroperasi di Bandar Baru Bangi kerana defendan dikatakan menuduh dan memfitnah plaintif menerusi laman sosial, Facebook, dengan mendakwanya menjual produk tudung ditiru daripada defendan.
Tuntutan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Sharida & Associates pada jam 11 pagi semalam.
Mengikut notis berkenaan, defendan membuat satu halaman peminat di Facebook bertujuan memasarkan produk keluarannya. 

Pada 9 Ogos 2011, plaintif menerima e-mel daripada defendan dan menuduhnya menjual produk tudung ditiru daripada defendan dan meminta plaintif menghentikan penjualan produk itu. 

Plaintif pada hari sama membalas e-mel itu dan mengatakan produk didakwa itu bukan ditiru kerana kedua-duanya berbeza. 

Plaintif mendakwa, defendan secara tidak benar dan berniat jahat memaparkan status membabitkan plaintif yang tidak benar dan berunsur fitnah dalam halaman peminat defendan. 
Terkilan dengan tindakan defendan, plaintif menghantar emel kepada defendan, memintanya memadam semula dan menghentikan usaha menyebarkan fitnah berkenaan tetapi tidak mendapat maklum balas. 

Plaintif juga mendakwa menerima laporan dan aduan peniaga produk Butik Mama yang memaklumkan mereka diugut defendan menggunakan pelbagai medium termasuk e-mel, SMS dan di halaman peminat peniaga produk daripada plaintif bagi menghalang mereka terus menjual produk Butik Mama.


p/s: Wallahualam....Bumi ALLAH ni luas...Rezeki ada di mana-mana jika kita berusaha dengan gigih disamping berdoa kepadaNYA...



2 comments:

notti netti said...

ayoooo sulah gaduh ooooooooo!!!!!

Mama Zharfan said...

let the court decide
ni dj jd kes defamation..
fareeda sepatutnya filekan case for intellectual property infringement kalau betul plaintiff dh infringe their IP rights..