Monday, March 19, 2012

Anak-anak anda macam ni tak perangainya???

 Pelik tapi benar..
Itulah hakikatnya cerita yang ingin dikongsi...
Both Damias ni terutama Aleesya memang taksub betul dengan peralatan sekolah..
Boleh dikatakan tiap2 minggu pencil box bertukar, pemadam beli baru sampai ada 6 pemadam, pencil tak yah cakap lah, asalkan berhenti jer kedai stationary, wajib beli yer, tu tak termasuk pencil comel2 yang dia beli kat Cameron dan melaka tempoh hari...pendek kata setiap minggu ada jer stationary yang nak dibelinya..
Bukannya rosak pun stationary dia tu...tapi ntah angin apa ntah, mesti jer nak bertukar alat2 tulis dia tu...rasanya sebulan pernah 3 kali dia tukar pencil box...sabo jer lah..

Kalau Aleesya merajuk atau merengek, senang jer nak pujuk, cakap jer nanti ibu/ ayah beli pencil baru (atau stationary lain), insyallah...diam lah dia...
Ayyunie pulak selalu bertukar pencil colour, sampaikan 1 bulan 3 kali beli pencil colour...haishhh lah anak...sampaikan ayahnya pernah tegur..
"Ayyunie makan ke apa pencil warna ni"...muahahaha...
Aleesya pun pernah tegur gak...
"Patutlah adik bam bam, adik makan pencil colour yer"..kui kui kui..
Sabo jer lah anak dan si ayah..


Hah, last week cuti sekolah 1 minggu kan..
Ni lah hasil tangkapannya...
Beg Angry Bird dan kasut baru tu, kalau nak tahu sabtu lepas yang hari pertama cuti lagi dah beli siap2 kat Plaza Angsana...pencil warna dan pencil box serta botol air tu, semalam baru beli kat Jusco...walhal botol air tu punyalah banyak kat rumah ni...hurmmm tu tak termasuk stationary dan pencil box kat tuisyen lagi, kat kelas muzik lagi...haih lah anak...memang suka betul yer kamu berdua dengan alat2 tulis ni...)

So cam mana??? Anak2 uols pun sama tak peel nya dengan Both Damias ni????

Post a Comment