Friday, August 21, 2009

:: CONTEST JOM MAIN AIR BERSAMA::


Masih dalam mood nak join contest.
Kali ni dianjurkan olek kak yong. Kepada sesiapa nak join contest ni mesti jadi follower kak yong dulu ok. Contest ni akan berakhir pada 23 Ogos ni. So kepada sesiapa yg nak join n nak tahu lebih lanjut contest ni, sila klik banner kat side bar.


Naik rambang mata nak pilih gambar main air yg mana satu ni? Ye la, asalkan ader vacation jer, mesti swimming..........kecuali vacation kat Genting, B.Tinggi & Cameron jer x swimming.....
Kesudahannya gambar yg dipilih......

ALeeSyA + aYah


Tak tergambar betapa riangnya si kecil apabila ibu bapa membawa mereka bercuti. Terutama tempat percutian yang mempunyai kolam air untuk berenang atau bermain air. Gambar diatas adalah gambar Aleesya dan ayah yang sedang bermain air terjun yang keluar dari "Cendawan Gergasi' itu. Pada mulanya memang Aleesya takut kerana air yang keluar itu umpama hujan lebat yang membasahi Aleesya. Sakit2 badan Aleesya rasanya. Tapi tidak lama kemudian, Aleesya sendiri yg akan menunjuk ke arah 'Cendawan Gergasi' ini untukbermain air. Ayah juga tidak ketinggalan bermain air bersama-sama Aleesya sambil mengawasi Aleesya. Peluang ini tidak akan Aleesya lepaskan kerana bukannya selalu Aleesya dapat bermain air seperti ini kecuali apabila ibu dan ayah cuti dari kerja sahaja. Sejuk kebiruan badan Aleesya......tapi Aleesya tetap seronok bermain air ini. Kenangan Year End Vacation (31/12/08) di Tiara Beach Resort, Port Dickson ini takkan Aleesya lupakan. Insyaalah kalau ader peluang kami akan berkunjung ke sini kerana

TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON Malaysia's Largest Man-made Inland Sea Resort is the choice for fun ..............

Tips untuk menarik minat si kecil bermain air:
  1. Selalu mandikan si kecil mengikut waktu. Kalau boleh mandi guna shower supaya si kecil boleh bermain dengan air yg turun tu.
  2. Selalu bawa si kecil untuk bermain air di kolam renang/ waterpark. Kalau boleh bawa ke tempat yg ramai pengunjung supaya si kecil tidak bosan dan lebih leka/ seronok bermain dengan air.
  3. Beli mini pool/ pool ring untuk diguna di rumah. Bolehlah si kecil gunakannya pada bila2 masa atau kalau dah lama sangat tak bawa si kecil swimming kat luar, kat rumah pun boleh kan. Yang penting mesti ader pengawasan penjaga.
  4. Letakkan some toys (itik, fish)/ ball utk menarik minat si kecil. Kalau beli float pun, beli float yg ader bentuk contohnya bentuk itik, boat dll.
  5. Selalu ajak si kecil bermain slide (yg sesuai utk kanak2)/ apa jua permainan air yg ader kat waterpark/ swimming pool supaya si kecil rasa lebih enjoy dan adventure lagi.

Tips keselamatan semasa bermain air:

  1. Semasa bermain air/ berenang , sila pastikan si kecil dibawah pengawasan penjaga atau menggunakan float.
  2. Didik si kecil supaya memakai pakaian yang sesuai utk berenang contohnya swimwear semasa berada di dalam kolam utk mengelakkan berat badan yang tidak seimbang semasa berenang.
  3. Jika hendak biarkan si kecil bermain air di dalam bathroom, sla letak "rubber mate" utk mengelakkan tergelincir akibat licin.
  4. Jangan biarkan si kecil bermain air sorang2 tak kira di mana utk mengelakkan tersungkur/tersembam di dalam baldi/kolam.
  5. Main air/ berenang di tempat khas utk kanak2 sahaja.

Hadiah2 adalah ditaja oleh :

.


8 comments:

Unknown said...

ibu Damia,

ok.. lulus.. best nya.. di hujani air.. tak takut langsung.. terer lah aleesya..

nantikan penilaian juri ya..!!

ibu damia said...

tq to kak yong kerana dah terjah...

Nadiah Sidek said...

sy dtg utk menilai – salah sorg juri contest. nnt sy dtg lg ye. good luck anyway! :)

ibu damia said...

nadiah - oraittt.....nilai dengan sepuas-puasnya yer

Ummi Shira (AshAnas) said...

salam kenal... sy pun dtg nak menilai ni... cm nak tanya bp ek umo aleesya?

Ummi Shira (AshAnas) said...

eh, hr tu aleesya kan yg menang princess contest tu... bgaya sakan ek dia... comel...hehe...

ibu damia said...

AshAnas - salam kenal, oooooo...boleh jer nak dtg nilai....umur Aleesya sekarang 1 tahun 10 bulan....

umur masa kat dalam gambar tu pulak 1 tahun 2 bulan...

ibu damia said...

AshAnas - yer....hari tu ader lah rezeki dia menang my cute lil princess tu.....dia memang pandai bab2 bergaya ni...pantang amik camera..mula lah suruh amik gambar dia..

hope insyallah kali ni ader gak lah rezeki dia...hehehehe:)