Wednesday, September 25, 2013

CocoDamia di Karnival Usahawan Desa (KUD 2013)

Tahun lepas saya rajin ke Karnival-karnival serta apa2 jua pameran yang melibatkan produk usahawan serta khidmat nasihat untuk menjadi usahawan produk. Masa itu saya hanyalah sebagai seorang pengunjung sahaja dan sekaligus merupakan pemerhati serta cuba belajar untuk membuat produk sendiri. Begitu bangga saya kira para usahawan2 yang cuba mempromosikan produk masing2 serta memikirkan pelbagai strategi untuk menarik perhatian para pengunjung utk singgah dan sekaligus membeli produk masing2.

Boleh tengok dalam entry saya di bawah yang masa saya sanggup balik hari JB-KL-JB ke Halal Festival di PWTC semata2 utk melihat produk 600 usahawan yang lain dan cuba mencari peluang yang ada

Tak cukup disitu, saya pergi lagi ke MAHA yang diadakan di MAEPS, UPM Serdang untuk belajar, belajar dan memerhati apa2 peluang keusahawanan yang ada. Boleh juga baca di entry di bawah

Dan tak sangka, tak sampai setahun, akhirnya saya mempunyai produk atas jenama sendiri dan kini COCODAMIA telah mendapat tempat di KUD 2013, yang mana mengumpulkan 600 usahawan bersama produk masing-masing. Syukur Alhamdulillah. Bukan senang nak senang. Kalau dahulunya saya hanya sebagai pengunjung dan kini saya adalah sebagai usahawan dalam Karnival2 tersebut. Walau bagaimanapun, kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang kerana tanpa TEAM COCODAMIA yang sangat HEBAT, CocoDamia takkan berada disini pada harini.



Alhamdulillah, petang semalam En Khairuddin aka ayah damia dah selamat sampai di Putrajaya. Sampai2 sahaja terus ke kaunter pendaftaran Usahawan


Siapa sangka, kini nama company saya berdiri gah disitu membawa produk jenama COCODAMIA.


Tengah setting booth.


Ayah Damia cakap, event ni memang besar-besaran. Tak cukup langsung kalau jalan-jalan 1 harini.
Mau 2 hari 2 malam baru sempat tilik satu2 produk kat KUD ni..


Selain daripada tempat para usahawan berkumpul, ada juga pelbagai program yang dianjurkan.


Promosi Besar-besaran ni tau. Rugi tak datang.


Kebanyakan suratkhabar memang buat cover story pasal KUD 2013 ni..


Ni pre launching KUD di Pentas Utama TV3 


Dalam Harian Metro pun ada.


Kat TV pun ada iklan tentang KUD 2013 ni. Alaaa...iklan yang Kak Engku dan Zizan promote buah bahulu tu..

So kepada yang berkesempatan, apa lagi..jom ramai2 kita meriahkan KUD 2013 ni. Sama2 membantu menjana ekonomi Islam dan Bumiputra.

Temui Team CocoDamia di ZON D, booth NO 463 bermula harini 25hb Sept hingga Ahad, 29 Sept dari Jam 10 pagi hingga 10 malam. Jumpa anda di sana!!!
BANYAK ACARA MENARIK!!!
Ada cabutan bertuah, tunggang kuda percuma, naik hot balloon air percuma dan macam2 lagi. Just guna resit CocoDamia sahaja!!!!





No comments: