Saya dah try Mee Udang Galah ni kat Taman U jumaat lepas. Not Bad rasanya. Harga ikut saiz udang yang kita nak.
Ni gambar saya ambil kat Facebook: Mee Udang Galah. Btw saya pernah pergi Restoran ni. Beli durian Crepe dulu2. Nama restoran ni Pondok-pondok Cafe. Dulu kat area2 belakang. Sekarang ni dah pindah ke depan sebaris dengan kedai Zhulian Taman U.
Ni pula gambar real yang saya makan. Saya order kuew tiaw udang galah. Udang gred AA dah habis pulak masa ni. So saya pilih udang gred B+.. Siap ada plus lagi tau.. Hihi.. Harga RM9/100g.. Ok lah harganya. Ayah damia pula order kuew tiaw bandung. Udang pun boleh pilih nak saiz apa. Alhamdulillah, lain kali boleh bawa kawan2 dan family makan sini pula.
P/s: Terkejut saya masa tgh drive balik dari hantar anak2 sekolah, tetiba nampak gambar kahwin saya dan ayah damia dalam persalinan "jawa" keluar WHI.. Haha.. Lucu jer tgk gambar 9 tahun lepas..oppsss, tak sempat nak snap ya gambar tu.. Kata tgh driving kan..
No comments:
Post a Comment