Thursday, September 19, 2013

Menang Produk Syahirah || For Sale


Sabtu lepas dapat panggilan daripada person in charge suruh ambil hadiah hasil kemenangan contest bergambar Syahirah di Aeon Bukit Indah. Kebetulan masa tu kat Tanjung Balau, so postponed ambil hari isnin.

Isnin malam nak gi ambil, call person in charge, dia pula dah balik. Haishh terus kami melencong dinner kat Benafe Village. Then buat appointment kul 1 hari keesokannya ambil.

Dalam kesibukan hari selasa tu, sempat jua selitkan slot masa singgah Aeon Bukit Indah semata-mata ambil hadiah ni. Dapat 2 beg sebab lagi satu menang nama ayah damia.


Taraaaa.. Ni lah produk2 Syahirah dalam beg pink tu yang bernilai RM100. Ingat nak jual lah produk2 ni per bag sebab memang tak pernah guna produk Syahirah ni. Dalam beg tu ada 11 items.


Kalau ada sesiapa yang memang guna produk Syahirah ni dan nak beli produk ni dangan saya, let me know ya! Nanti komen kat blog atau pm kat FB pun boleh. Sure harga kurang dari nilai sebenar.

P/s: Produk Johnsons, Oral-B, Follow Me dan Dettol kat rumah ni pun tak habis2 pakai ni walaupun ada separuh dah jual dan sedekah kat org. Syukur dengan Rezeki Allah. Ya Allah permudahkan lagi rezeki aku dan keluargaku..






No comments: