Monday, September 2, 2013

Photoshoot || Tanjung Balau

Semalam otw balik dari Open House Rumah Staff di Bandar Penawar, singgah kejap di Tanjung Balau untuk bersantai dan juga lepaskan angin yang dah lama tak tengok ketenangan air laut. Panas terik yang bercahaya serta keindahan bot-bot yang tersadai di tepi laut membuatkan saya kepingin nak photoshoot disitu. Nasib baik kerenah anak-anak dan suami yang sporting melayan kerenah saya walaupun cuaca umpama matahari terik di atas kepala. Beberapa minit kat situ, banyak mengajar both Damia erti alam semulajadi. Antaranya biawak, ikan, paya bakau, sampan dan bot. Sempat lagi kami bergambar atas sampan utk dijadikan kenangan buat mereka kelak.


Bot-bot yang berlabuh..


Melayan kerenah Ayyunie makan ais krim


Ayyunie sekarang take over hobi kakak dulu-dulu.. "bergambar"


Cuaca terik tak menghalang kami utk bergambar sakan


Suka semua gambar2 kat sini..
Nanti ada masa saya kongsi pula gambar2 atas sampan tu ya.

p/s: Wahhhh, raya-raya pun ramai jugak orang datang berkelah di Tanjung Balau ni ya!!!







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment