Wednesday, September 18, 2013

Riang Ria di Mini Agro Zoo



Sabtu lepas masa Karnival Hari Malaysia di Tanjung Balau, selain dari pameran2 Jabatan Kerajaan dan juga booth2 usahawan disamping gerai2 makanan, terdapat jua Mini Agro Zoo yang mana selain pameran, binatang2 ini juga dijual. Memang kebanyakan binatang adalah ternakan dan yang jinak2 belaka.


Banyak2 haiwan kat situ, si arnan lah yang menjadi pujaan both Damias. 


Segala jenis itik dan ayam pun ada.


Then saya dan Ayyunie masuk taman mini Arnab. Aleesya tak nak masuk sebab katanya busuk. Ayyunie pula takut2 nak pegang arnab. Last2 saya jer lah posing ngan arnab2 ni.


Alahai, cutenya kamu kamu dan kamu wahai arnab. Tak takut orang!


Siap pegang lagi saya. Jinak sangat sampai tak ada hati pun nak lari dari tangan kita. Macam pegang teddy bear pun ya ni kan. Semua gambar saya ihsan dari Ayyunie. Dia yang nak masuk, last2 kita pula main arnab. Hihi
Post a Comment