Lately memang saya banyakkkkkkkkkk sangat terima email, pm, sms dan whatapps berkenaan permohonan individu nak jadi stokis dan dealer. Ada tu sampai satu kawasan, 4 orang hantar permohonan nak jadi stokis. Alhamdulillah, besarnya kuasa Allah kan.
Tapi kami hanya pilih 1 kawasan/ daerah,1 stokis. Manakala utk dealer takkan bertindih juga untuk sesuatu tempat. So mana yang tak boleh, kami akan menolak secara baik atau mengambil inisiatif supaya individu tersebut jadi dealer kawasan lain.
Tapi dalam banyak2 yg hantar nak jadi stokis, sms ni yg paling mencuit hati saya. Ya lah, istilah berdebar2 tu yang membuatkan saya turut berdebar2.. Hihi.. Apa2 pun Alhamdulillah, insan yang berdebar2 ni dah bersetuju nak jadi stokis kami dan insyallah harini, Team CocoDamia akan hantar stok kepadanya di KL.
USAHA adalah kunci UTAMA untuk mendapat hasil yang berkat dan lumayan. BERUSAHA lah sebaik mungkin kerana USAHA itu milik kita. Jangan fikirkan laku atau tidak sesuatu produk tu andai USAHA kita pun seciput cuma, tapi mengharapkan pulangan yang berganda-ganda. Bukankah REZEKI itu milik Allah? Semoga dealer2 dan stokis2 CocoDamia dapat menambah nilai kepada masyarakat sekeliling dan juga sekaligus menambah kebaikan dan pendapatan kepada keluarga masing2.
No comments:
Post a Comment