Meriah!! Meriah!! Meriah!!
Itulah ungkapan yang terpacul dimulut saya pabila mula2 sampai di Karnival ini. Seperti yang diberitahu sebelum ini, terdapat pelbagai program2 menarik yang dianjurkan disini.
Ok tanpa lengah masa, jom kita baca corat coretnya. Alamak.. Malas betul saya nak menulis, so saya print screen jer lah ya kejadian yang saya dah coret on time masa haritu ya..:)
Hari sabtu baru saya berkesempatan turun padang bawa both Damias. Terima kasih tak terhingga kepada pengunjung2 yang beli Coklat IQ ya terutama kepada silent2 reader blog saya. Staff saya cakap "puan tak ada kat sini pun tetap glamour".. Hihi.. Bukan saya yang glamour, CocoDamia yang glamour dengan IzinNya.
At the same time, Pusat Bahasa Pelangi juga buka team futsal utk pelajar2 saya. Ayah damia sebagai pengurus. Alhamdulillah, menang ke peringkat suku akhir keesokannya.
Tapi tewas jua nak dapatkan 3 tempat teratas.
Tak pe yang penting cg tahu anda telah berusaha sebaik mungkin. Pengalaman pertama kan. Insyallah akan datang cg akan cuba ketengah bakat2 kamu semua ya.
Masa ni saya dah bak balik kul 1. Nak gi open house sebenarnya. Tak gi rasa tak sedap hati, sebab orh dah beria2 jemput kita kan. Nak tinggal booth, pengunjung ramai pula yang singgah ke booth CocoDamia. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Rumah pertama open house kami singgah. Bertambah-tambah saya dan anak2 makan kambing golek. Best best!!!
Rumah ke 2 kami pergi. Rumah tokey kek. Hidangan pun macam2 kek. Kek coklat, kek cheese oreo, kek blueberry. Macam2.
Rumah ke 3 aka rumah jiran saya. Alaaa, ralat tak sempat bergambar dengan tuan rumah sebab bergegas nak balik solat. Kul 6:30 tak solat lagi. Solat Zohor pun singgah masjid jer jadi musafir.
Hari ahad pula, jualan Puding Roti CocoDamia laku yang amat. Antara komen2 pelanggan kat situ "rasa macam hotel dah ni", "sedapnya kuah dia, resepi apa dik?", "sedap sedap, kalau nak order lagi kat mana"?.. Hihi.. Ni semua staff saya yg cakap sebab saya tak jaga booth.
Saya betul2 jadi tok mandur ke hulu hilir beli itu, beli ini, borak2 dengan owner kedai tu, borak2 dengan penganjur, bawa anak2 main di booth Petrosains, tengok persembahan artis dan macam2 lagi saya isi masa lapang kat situ. Ayah damia cakap "ini dah betul2 bos, kejenya shopping jer kat situ".. Hihihi.. Bagi chance lah saya rehat pula ya..:)
Masuk jer tengahari ahad tu, wahhhh keadaan hampir tak terkawal sebab team cocodamia tak menang tangan dah. Sampaikan terpaksa buka booth kat depan lagi satu sebab jualan sangat laris dan org berpusu2 tanya tentang produk Coklat IQ ni.
En Nazri wakil FAMA datang buat lawatan tapak. Insyallah produk Coklat IQ akan datang dimasukkan dalam Van bergerak FAMA utk dibawa ke desa-desa. Namun masih belum ada hitam putih lagi ya. Ya Allah, Izinkanlah produk Coklat IQ-CocoDamia tersenarai dalam salah satu produk IKS yang akan dibawa oleh van bergerak FAMA utk sebarkan kebaikannya.
Bergambar kenangan bersama En Nazri dan Kak Imah, jiran peniaga sebelah.
Lepas tu jam 3 petang saya ke pentas utama utk melihat persembahan artis dan juga sesi cabutan bertuah.
Artis pertama buat persembahan, Syura Masterchef. Lepas tu Mamat Mentor. Then diselang seli dengan cabutan bertuah. Kemudian majlis penutup dan semua bersurai.
Alhamdulillah, Allah betul2 menunaikan doa saya dan suami. Sale target dah tercapai malahan lebih dari target asal. Team CocoDamia happy sangat sebab antara yang tutup booth awal. Kami siap bertepuk tangan lagi menandakan kejayaan kami semua. Bayangkan jam 5:30, semua coklat IQ licin selicinnya dijual. Dah tak tahu nak jual apa lagi..Walhal booth2 lain masih banyak dibuka lagi..
Sebelum tu kul 3 dah habis dah jual semua. Ntah cam mana, kebetulan stokis Tmn U datang nak tgk cara2 kami berniaga macam mana sebab minggu depan CocoDamia akan taja stokis ni buka booth Pameran di Melaka pula. Allah hantar tepat pada waktunya. Kebetulan dia bawa 1 dozen dalam kereta utk dibagi pada pengedar di Masai. So saya pinjam dulu stok dia. Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan urusan kami.
Bagi menghargai penat lelah dan kesungguhan serta kejayaan CocoDamia sepanjang di Karnival ini, ayah damia ajak belanja makan malam dulu ramai2.. Singgah solat dan makan di Restoran My Friends atas bukit tu. Oh ya, no worries.. Sepanjang team CocoDamia berada di karnival makan pagi, tengahari dan malam memang CocoDamia taja. Cuma makan malam yg ni makan malam penutup lah kiranya.
Wowww!!! Team CocoDamia yang sangat hebat. Masing2 boleh buat sales yang bombastik!!! Syukur Alhamdulillah kerana kurniakan saya dan suami staff yg berdedikasi dan tak banyak kerenah. Saya selalu doakan staff2 saya dipermudahkan rezeki dan juga dapat kerja lama dengan saya. Amin amin.
Sekali lagi saya wakil CocoDamia mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua pembeli-penbeli Coklat IQ dan juga pihak2 yang terlibat secara langsung atau tidak. Yang baik datang daripadaNya, yang buruk datang daripada saya dan suami sendiri.
P/s: Alhamdulillah, dengan Izin dan KuasaMu Ya Allah, tiada yang mustahil bagiMU, penambahan stokis dan pengedar yang hari-hari mesti ada. Syukur..
No comments:
Post a Comment