Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah..
Baru sahaja habis interview dan lawatan tapak daripada wakil District Officer JB (Tok penghulu, orang kanan DO katanya), En Nazri dan rakan dari FAMA, Puan Ruby dan rakan dari Jabatan Pertanian ke Kilang CocoDamia.
Alhamdulillah, CocoDamia terpilih dalam produk yang berdaya saing dan akan diketengahkan oleh pihak2 tersebut ke peringkat daerah, kemudian peringkat Negeri dan seterusnya peringkat Antarabangsa.
Syukur kepadaMU Ya Allah, segala penat, usaha dan hasil menambah nilai kepada orang lain, Allah anugerahkan saya Legasi CocoDamia ini untuk sama-sama berkongsi kebaikannya. Wakil2 tersebut teruja melihat bagaimana rupa Lubanah, bagaimana proses kismis diterapikan dan bagaimana saya dan suami boleh menghasilkan produk Coklat IQ A-Z tanpa bantuan modal daripada mana2 agensi dan pemprosesan coklat serta packaging semuanya kami buat sendiri.
Sedih juga sebab harini, pagi2 lagi Ayah Damia dah bertolak ke Melaka untuk memberi sokongan penuh kepada Stokis yang buka booth di MITC, Melaka bermula harini hingga ahad nanti. Semua tajaan CocoDamia bagi menghargai stokis yang aktif dan sales yang kencang. Syukur Ya Allah. Kalau tidak, mesti ayah damia insan yang paling happy sebab usaha penatnya selama ini dipandang oleh badan2 kerajaan.
Saya dan staffs pun happy juga sebab nanti akan ada bantuan2 daripada Jabatan Pertanian dan pihak FAMA dari segi mesin-mesin dan juga marketing ke luar negara. So diaorg dah tak payah OT sampai malam lagi..hihi..Staffs semua pun teruja pabila diaju pelbagai soalan berkaitan dengan pemprosesan coklat IQ ni.
Terima kasih Ya Allah. Kerjasama daripada semua pihak terutamanya para pembeli, stokis, dealer dan agen amatlah kami hargai.
Syukur juga, tadi terus kami diberitahu bahawa produk CocoDamia terpilih dalam produk 'satu daerah, satu produk" untuk dibawa ke events2 anjuran jabatan kerajaan. Subhanallah. Besarnya KuasaMU.
En Nazri (FAMA) sedang merasa Lubanah yang telah diproses dan beliau sangat terkejut kerana 1kg Lubanah ini bernilai ratusan dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit mengikut grednya. Manakala pihak Jab. Pertanian pula sedang merakam dan merekod pemprosesan Coklat IQ dibuat.
Sampai tilik cam tu sekali wakil Jabatan Pertanian ni melihat pempsosesan Coklat IQ dihasilkan.
Masing2 teruja nak rasa lubanah.
Pihak FAMA dan pihak Jab. Pertanian sedang melihat bagaimana kotak2 CocoDamia sedang dilipat dan seterusnya packaging penuh Coklat IQ dihasilkan.
Abaikan bakal CEO CocoDamia yang comel itu ya. Pagi ni terpaksa bawa gi kilang sebab ibu masuk awal kilang.
Berbincang dengan lebih lanjut tentang produk cocodamia dengan wakil DO.
Alhamdulillah...Insyallah hujung bulan ni saya dipanggil meeting di Pejabat Daerah Johor untuk tindakan lanjut berkenaan projek "satu daerah, satu produk" yang bakal dilancarkan.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau perkenankanlah doa2ku dan suamiku.
Semoga impian kami ingin menjadi USAHAWAN JUTAWAN yang DERMAWAN diperkenankan dan dimakbulkan olehMU Ya Allah.
Jom sama-sama kita menambah nilai kepada orang lain.
Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada menerimakan.
Namun andai kata orang memberi kepada kita, anggap sahaja itu rezeki yang disalurkan olehNYA.
P/S: Harini memang betul2 jadi Iron Lady...semua urusan rumah, anak-anak, kilang dan office tuisyen kena urus sendiri. Sampaikan Both Damias masuk tadika pun lambat setengah jam. Eh, ayah damia call yang dia dah sampai kilang CocoDamia lah...wahhh ni mesti pecut habis bawa kereta kan.
No comments:
Post a Comment