Monday, September 23, 2013

Meeting susulan

Kesinambungan daripada hasil lawatan pihak2 Jabatan Kerajaan ke Kilang CocoDamia jumaat lepas.
Maka hari ini dalam kesibukan yang amat, tetap luangkan masa untuk ke Jabatan Pertanian.
Fast action, fast result!


Wakil dari Jab Pertanian Johor yang suruh kami cepat2 ke Jabatan Pertanian Johor.
Katanya produk CocoDamia lain dari yang lain.
Rugi tak minta bantuan samada dari segi perkhidmatan, mesin ataupun pemasaran.
Dan katanya tidak mustahil CocoDamia boleh dipasarkan ke Dubai jua. Amin amin, semoga CocoDamia terpilih untuk dibawa ke peringkat antarabangsa terutamanya negara-negara Islam.

Tapi kami sendiri pun tak tau nak minta bantuan apa sebenarnya..
Nak minta TRADEMARK kan produk kami, kami dah buat sendiri. Tak tahulah pula Jab Pertanian boleh buat. Nak minta bantuan packaging kotak, kata pihak mereka, design dan kualiti kotak kami pun lagi cantik. Hihi. So, setelah melihat kepada masalah CocoDamia yang permintaan MELEBIHI tawaran, kami mohon mesin2 packaging dan freezer. Insyallah, semoga Allah permudahkan. 

Dan semoga hasil daripada meeting susulan ini mendapat keberkatanNYA. Saya tahu ini peluang yang Allah cuba salurkan kepada kami melalui Jabatan2 Kerajaan. Semoga kami dapat menguruskan amanah2 ini sebaiknya.

p/s: Kami cuba juga bergurau minta Van CocoDamia...haha..terkejut puan tu...

No comments: