Ya Allah, minggu ni memang dah bizi. Bertambah super duper bizi sejak semalam. Sebab kerja yang sepatutnya saya dan ayah damia buat, semuanya saya kena buat seorang kerana ayah damia bizi dengan karnival di Pasir Gudang. Pergi jam 8 pagi, jam 11 malam baru baru balik.
Kesan daripada itu, jom kita tgk apa yang berlaku..
Huaaa, semalam masa saya nak hantar both Damias ke sekolah, terlupa pula saya nak tutup pagar rumah. Sampai separuh jalan, ayah damia call bagitau pagar rumah tak tutup. Dia nampak via CCTV yang online via Iphone. Haishh dah hantar both Damias gi tadika, bergegas pula balik utk tutup pagar. Andailah remote pagar tu bila kita tekan jer kat mana2 terus buka tutup, kan senang. Mak saya selalu cakap kat saya, dah senang nak senang lagi. Patutnya bersyukur.. Huhu..
Lepas tu petang rabu tu pula saya gi pasar mini berdekatan rumah. Sekali you know what, huaaaa duit dah bayar, barang pula terlupa nak amik. Kelam kelibut jadinya. Nak sampai rumah, ayyunie pun tegur "kenapa ibu tak bawa barang pu".. Hah????? Patah balik..
Pagi tadi pula, dah sampai traffic light dekat rumah saya.. Ayyunie tegur lagi "ibu tak kunci kereta ke (autolock)".. Hah??? Rupa2nya pintu saya tak rapat daaaa..
See, kesan daripada kesibukan..huhu
Yup memang sangat bizi. Selalunya ayah damia dan staff lelaki yang akan bahagikan tugas uruskan penghantaran stok cocodamia, dia yang akan hantar anak2 pergi tadika dan saya ambil, dia yang akan bagi tazkirah dan mengepalai bacaan yaasin setiap hari jumaat dan macam2 lagi kerja. Dan harini saya yang uruskan semua.
Gambar kat atas tu meeting dan hantar stok utk stokis gelang patah di Restoran Parsia malam tadi. Kesian dia, terpaksa tunggu saya habis kelas jam 10 malam baru leh meeting. Petang tu pun meeting bersama dengan stokis Tmn U jugak berkenaan cocodamia. Wahhh memang supermak!!!
Harini dari pagi sibuk di Kilang CocoDamia sebab stok dah habis!!!!! Alhamdulillah Alhamdulillah.. syukur!!
Then lepas zohor ke rumah tukang jahit pulak utk hantar kain berkayu-kayu. Alhamdulillah, tempahan borong dari customer. Alhamdulillah, alhamdulillah..
Then singgah ke Pusat Tuisyen pula sebab nak uruskan bahan2 pembelajaran sebab harini saya kena ganti 3 kelas ayah damia. Direct dari jam 5:00 sampai 10:00 malam ni. Ya Allah, permudahkanlah..
Dan bila masa pula saya tulis entry ni? Hihi.. Kebetulan saya nak masuk duit kat BSN Skudai ni, angka giliran lagi 14 orang..dan dan buat entry kat blog kan.
See, nak cepat punya pasal, parking kereta pun derhaka pada undang-undang lalu lintas .. Saya sorang jer parking songsang.. Alhamdulillah, nasib baik tak kena saman. Terima kasih Ya Allah.. Cepat2 parking takut tak sempat nak amik anak kul 5 nanti.
Huhu.. Ok lah.. Tak makan lagi ni.. Pagi tadi makan kebab je. Baik saya gi cari makanan siap2 dan tapau siap2 utk anak sebelum saya start masuk kelas nanti.
Apa2 pun syukur, didalam kesibukan, jangan sesekali kita abaikan dalam Zon Allah. Lagi kita sibuk, lagi kita tak ada masa, sepatutnya lagi kita dekat denganNya kan sebab ini juga mungkin sebahagian ujian daripaNYA. Semoga kita semua dijauhkan sifat lalai kepadaNYA. Amin amin
No comments:
Post a Comment