Friday, September 20, 2013

Won Bracelet and Classic Earring


‘ZAMZARINA BT ZAKARIA’; You are the 1st Prize Winner for Astutexperience Best Raya Dress Contest! Congratulations! Do PM us at FB for us to process your Prize yeah!

Hampir terlupa pula nak updated kisah menang Contest Anjuran ASTUTEXPERIENCE ni. 
Dapat tahu kemenangan ni masa hari jumaat lepas. Otw nak gi site kat Tanjung Balau.
Hah, genap seminggu baru nak updated kan.

Btw Syukur dengan kemenangan ini. Ya lah saingan sangat sengit. Gambar2 para peserta lain pun cantik2 dan dabomb!! Tapi telah tertulis rezeki kemenangan kali ini adalah untuk saya. Maka dengan mood happynya saya terima. Hihi. 

Hadiah yang saya akan dapat adalah Seutas gelang tangan dan sepasang subang tajaan Kelvin Gems. 
Syukur Alhamdulillah..
Mudah-mudahan akan datang menang barangan kemas 916 pula ya. Tak salah berangan kan. Sahkan kambing pun Allah anugerahkan untuk saya melalui cabutan bertuah. Hah tu lagi hadiah yang saya tak pernah terfikir dan tercapai dek akal. Hihi..

P/s: Apa khabarlah kambing Boer saya di ladang batu pahat sana. Dah call PIC utk confirmkan bila sembelih kambing dan buat makan-makan. Mula2 nak buat Cuti Hari Malaysia aritu. Kepenatan balik dari Tanjung Balau pula. Nak buat khamis malam jumaat malam tadi, postponed sebab banyak kerja di kilang yang perlu diuruskan sempena program di MITC Melaka harini dan Karnival Usahawan Desa di Putrajaya Next week. Insyallah, nanti kena rearrange semula. Kambing oh kambing!!!



Nota Kaki:
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: