Sunday, September 8, 2013

Berbaloi tidur jam 3 pagi keranamu puding roti CocoDamia

Memang berbaloi-baloi. 


Saya start membakar puding roti jam 10 malam tadi. Lepas maghrib saya tidur dulu dengan both Damias sebab kepenatan di Karnival Biotek dan menghadiri 3 open house yang berbeza jarak-jaraknya. Ayah damia pula lepas maghrib terus bergegas ke karnival semula sebab staff 5 orang tak cukup tangan entertain customer yg nak beli Cocodamia.

Mula-mula buat puding roti ni sebab ada orang tempah puding ni masa kat Karnival Biotek tu. Alang-alang tu saya pun buat lebih berloyang-loyang juga utk dijual di karnival tu.


Ni packaging kotak besar.


Ni packaging kotak kecik.


Sekali jam 10:30 pagi tadi, staff call cakap "puan, puding tinggal kurang dari 10 kotak dah, kena tambah lagi"..hah? Saya dah lah otw ke karnival dengan staff saya sebab ayah damia kul 7:30 pagi lagi dah pergi. Bila masa nak buatnya. Ya Allah. Staff saya cakap ramai yang minta resepi. Alhamdulillah.. Mudahnya menjemput rezeki.


Haha, ayah damia cakap makin sibuk  lah harini. Dah lah last day. Buka 2 booth bertentangan pulak tu. Siap tambah staff turun padang lagi. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah kurniakan kepada saya dan keluarga.

P/s: Ngam2 entry ni habis ditaip, saya pun sampai. Tq driver baru saya kerana membawa kereta dengan berhemahnya.. Hihi

No comments: