Wednesday, September 18, 2013

Udang Galah segar-segar dan manis-manis



Malam tadi ayah damia balik kerja jam 11 malam siap bawa balik udang galah segar 3 kilo hah! Memang segar dan kebanyakan udang ada telur. Saiz M- XL. Ayah damia cakap beli 3 kilo terus sebab baru boleh delivery. Below than 3 kilo kena self collect kat Bandar Dato' Onn.
Malam tadi juga terus goreng kunyit 8 ekor. Isi memang segar dan manis. 


Selain goreng kunyit, ingat nak masak tom yam kung macam secret recepi juga. Baru last week makan tom yam kung kat SR Setia Tropika lepas meeting somebody kat sana.


Ingat nak masak lemak cili api juga. Udang besar2 masak lemak ni best oooo.


Pagi ni ingat nak masak udang masak sos lah utk sarapan both Damias. Nampaknya beberapa harini menu utama udang ya. Takut lama2 dalam peti udang tak segar pula. Huhu.. 

P/s: Any idea nak masak apa lagi udang galah ni? Owhhh goreng butter pun best jugak kan?
Post a Comment