Thursday, September 19, 2013

Riang Ria di Lotus Desaru dan Pantai Tanjung Balau



Di kesempatan kami ada Karnival Hari Malaysia di Tanjung Balau tempohari, sempat jua kami sekeluarga bersuka ria di Lotus Desaru dan Pantai Tanjung Balau. Sambil2 keluar makan tengahari, sempat menyinggah di Lotus desaru. Ramai orang hari tersebut. Penuh dengan event dari Agensi Kerajaan.

Dah pernah stay kat sini dalam 5-6 kali. Ada yang percutian kami anak beranak sahaja, ada yang bawa family dari kelantan, ada yang holiday bersama kawan2 dan ada juga sebab AGM kat sini. Ingat lagi masa mula2 Lotus Desaru ni dibuka siap ada promosi harga yang best! Tapi tak ramai pun orang. Masa mula2 stay sini, water theme park pun tak ada lagi.

See, betapa happy kami dalam gambar diatas. Yang paling happy budak yang kat tengah tu kan. Both Damias memang ingat yang diaorg pernah datang sini. Siap cerita itu ini lagi mengenangkan kenangan mereka masa datang kat sini.


Tgklah happy tak happynya anak2 saya ni. Bukan main suka lagi Aleesya tu hah! Siap guling2 atas rumput hijau tu. Siap beli ais krim Cornetto lagi sorang satu menikmatinya ditemani angin sepoi2 bahasa.


Ni Aleesya yg snap secara candid. Ayyunie tanya aleesya ayah dan ibu buat apa. Aleesya jawab ayah I LOVE YOU ibu. Hihi.. Cepat2 Ayyunie suruh Aleesya snap gambar ni tanpa pengetahuan kami.


Wahhh dah ada bangunan barulah kat Lotus ni. Sepanjang 5-6 kali kami datang sini memang belum buat lagi fun fair ni. Ni lagi meriah lah sebab fun fair ni akan jadi tumpuan para anak kecil. Ayyunie siap cakap yang game foosball tu macam kat rumah kita. Hihi, yg rumah kita kecik jer nak, yang ni besar weii.


Lepas tu hari yg sama, dalam jam 6:30 petang, saya bawa both Damias ke Pantai pula. Aleesya siap beli jaket terapung lagi utk main air. Tapi alahai, malasnya ibu nak tukar baju nak teman anak2 mandi pantai. Last2 bagi diaorg main pasir dan tebing2 pantai jer.


Ramai juga org kat pantai masa tu..


Sukalah tu boleh main air..


Hah tu cubaan nak ke tengah pantai nak mandi. Nasib baik ibu perasan.


Sampai 6:30 petang kami disini. Lepas tu pergi toilet dan bawa both Damias mandi dan bersihkan diri. Walaupun sekejap, at least dapat jua mengembirakan hati anak2 kan. 

Btw ayah damia memang planning nak bawa Aleesya bercuti yang lebih proper sebab banyak peningkatan dalam pelajaran dan mengaji. Sebagai rewards lah tu kiranya. Tapi buat masa ni memang tak lah. Dari lepas raya sampai ke saat ini, stok memang asyik habis habis habis jer kat kilang. So memang banyak keje dan meeting dengan orang lately. Insyallah dah reda2 nanti kerja, ibu ayah bawa Aleesya dan Ayyunie gi holiday ya.

Ok, jom sambung buat kerja. Nak ajar pekerja part time yg baru masuk harini  cam mana nak lipat kotak2 dulu. Alhamdulillah, Syukur dengan Rezeki yang Engkau Kurniakan Ya Allah. 









No comments: