Friday, May 17, 2013

Students nowadays || hadiah hari guru

Semalam kan hari Guru..
So secara tak langsung saya dan ayah damia juga tidak ketinggalan mendapat ucapan serta hadiah2 daripada pelajar2 saya. Dan yang best malam tadi Pengetua Pusat Bahasa Pelangi aka ayah damia dapat kejutan daripada pelajar2 SPM 2013.

Kerlassssssss students nowadays!!! Hadiah2 semua memang kebabom!!! Mula2 sekali saya dapat hadiah Victoria Secret tu.. Walaupun isi dalamnya bukanlah produk Victoria Secret (Rose, awak janji pasti akan bagi Victoria Secret kan nanti), tapi saya suka sebab barang from oversea!!!

Ada parent one of my students baru balik celebrated annivesary di London, Paris dan beberapa tempat di Eropah. So tu yang dapat pensil London, keychain Paris dan chocolate dari Oversea.

Hadiah paling banyak saya dapat tahun ni shawl.. Tak sabar nak bergaya dengan shawl2 yang kamu beri. You know who you are sebab kamu, kamu dan kamu adalah pembaca blog cg secara diam. Kata kamu, hari2 mesti baca blog cikgu kan kan kan. Ayah damia pun ada dapat jubah dari Mekah. Alhamdulillah.. Syukur..

Buat anak2 murid cikgu, bukan hadiah yang dipinta, cukuplah andai kamu mendengar nasihat2 cikgu serta amalan2 usaha yang kamu lakukan utk kejayaan dalam pelajaran kamu semua. Doakan kebahagiaan keluarga cg dan semoga cg dapat berikan yang terbaik utk anak2 murid cg.

Dan last minute malam tadi baru saya tahu yang diaorg ada planned utk pengetua kesayangan diaorg. Bayangkan lagi 10 minit nak balik kelas malam tadi baru saya tahu. Kebetulan semalam ayah damia ada kelas kat cawangan taman teratai. So jenuh juga saya fikir idea cam mana nak suruh ayah damia datang ke centre di Taman Universiti.. Finally, menjadi.. Hihi

Saya paling terharu hadiah yg diaorg buat sendiri dari pelajar2 SPM 2013. Tak sangka diam2 diaorg buat dalam kelas ya. Good job semua!!!

Dan semalam ada juga suprised nyanyian  daripada ex students saya aka staff sementara saya sekarang. Ya Allah, memang best giler suara dia. Dalam FB dan instagram, ramai puji suara best dia. Insyallah tunggu lagu cocodamia pula ya yang akan dinyanyikan oleh dia juga. Dan selalunya kalau event office saya termasuk perasmian Zarina Ayu Collections dulu, dia juga yang nyanyi.

Ok jom tgk gambar2 yang penuh bermakna ni..


Muahhh cikgu sayang kamu semua.
Ucapan pun cikgu cukup hargai..


Hadiah Hari Guru paling bermakna..


Sebahagian Pelajar2 SPM 2013..
Ada antara mereka dari darjah 3 lagi belajar ngan saya dan ayah damia..
Bayangkan berapa lama...
Ada tu bapaknya pun buka pusat tusiyen juga kat Sri Skudai aka penanda kertas BM..
Tapi itu semua tidak menjadi masalah, siapa ajar anak siapa..
Saya sendiri pun hantar Both Damias pergi Pusat Tuisyen org lain (cina)..
Sama2 lah kita membantu sesama kita..


Video hot lagi meletopsss..
Yang meletopsss sebab suara penyanyi yang best tu..
Hihi..tak lama lagi femes lah awak ya Intan..
Cikgu borek, pelajar rintik..hik hik..


No comments: