Ahad lepaskan tadika aleesya ada lawatan gi zoo.. First time pergi lawatan under sekolah naik bas.. Aleesya excited lah.. Tapi yang si ibu ni pulak dup dap dup dap.. Bukan tak yakin dgn cikgu2 tadikanya, bukan tak yakin dengan kebolehan Aleesya jaga dirinya sebab Aleesya memang anak yg mudah dijaga sejak dalam perut lagi.. Cuma biasalah perasaan seorang ibu pabila first time anak daranya keluar tanpa ibu dan ayah.. Parent lain ok kot.. Kami jer yang terover dup dap dup dap.. Hihi
Bas Aleesya sampai dulu, kami sampai lambat sikit sebab gi makan sarapan dulu.. Ayyunie pun excited nak gi Zoo jugak..padahal baru jer both Damias gi Zoo Johor ngan cousins, tok ma, tok ayah dan mak saudara diaorg masa bulan Feb aritu..
Amboi romantik sungguh burung cantik ni..
Jeng jeng jeng... Finally dah nampak group aleesya.. Btw tadika Aleesya ni ada 3 cawangan.. So semuanya datang sekali harung naik 3 buah bas..
Yang bestnya tu, Kami pula yang beria2 naik pedal bot. Walhal budak2 yg datang lawatan cuma ziarah binatang2 dalam zoo jer.. Haha..
Ayyunie takut juga mula2, pastu dah ok..
Haha, boleh pulak diaorg amik gambar group depan tasik ni jer.. Aleesya tak perasan kami, last2 kawan2 Aleesya jerit "aleesya!!!! Your mommy here!!!"
Ayyunie takut betul ngan burung2 ni.. Panjang yg amat muncungnya..
Friendly betullah burung muncung panjang ni..:)
Kejap jer kami kat sini, tak sampai sejam.. Lepas tu balik.. Otw balik group aleesya dan lain2 tgh berehat makan meehoon goreng.. Siap lambai2 lagi kat kami.. Happy tgk dia happy ngan kawan2... Lepas tu diaorg pun pergi Danga Bay naik Choo Choo Train dan main2 kat playground pulak..
Semalam dia dah bawak balik gambar group session kat Zoo Johor dan Danga Bay.. Kena beli sekeping RM1.50.. Happynya dia..
P/s: Ayyunie tak ikut sebab ni program utk 6 tahun sahaja..tapi kalau request nak ikut boleh jer sebenarnya..:)
1 comment:
Zakwan pun ikut school trip gak smlm
1st time dia join
Tak tenang hati tggu dia kt umh ni
Kul 3 dia sampai umh baru la legaaaa sgt :)
Post a Comment