Sunday, May 12, 2013

Makanan kegemaran mak : Rojak Mee

Tadi ternampak rojak mee, terus teringat makanan kegemaran mak. Sempat beli sebungkus buat pengubat rindu. Walaupun mak jauh berada di kelantan, tapi kenangan bersamanya sentiasa mengusik jiwa. Mak seorang yg garang dan tegas. Dan kerana kegarangannya itulah saya menjadi seperti sekarang. Yang paling penting mak seorang yang sangat cekal dan berinspirasi. Walau hidup 100 tahun lagi pun, jasa dan pengorbanan mak tak dapat dibalas. Dan semoga saya juga menjadi wanita no 1 di hati zuriat-zuriat saya.

Post a Comment